Nak raikan kejayaan dengan kedua dua isteri, Datuk Red berharap Adira dan Datin Red tarik permohonan untuk berpisah

USAHAWAN Datuk Seri Adnan Abu berharap agar kedua-dua isterinya iaitu Datin Seri Syarifah Nur Shafila Hassim dan Adira menarik semula permohonan pisah yang difailkan terhadapnya. Adnan atau lebih mesra disapa Datuk Red, 46, berkata, dia mahu membina kembali semula ikatan perkahwinan yang dilanda badai sebelum ini. Usahawan itu turut meluahkan penghargaan terhadap Syarifah atau Datin Red, 38, dan Adira kerana banyak membantu dan menutup aib dirinya ketika dia dilanda pelbagai masalah.

“Saya nak ucapkan kepada isteri pertama semoga sihat, murah rezeki dan tenang. Kalau boleh sebelum sampai bulan lima, tariklah (permohonan talak). Kita bina balik semula ikatan itu (perkahwinan). Kepada isteri saya Adira, terima kasih kerana banyak bantu saya dan terima kasih tutup aib saya. Insya-Allah 24 April ini tarikh keramat kita dan saya harap awak pun tarik (permohonan pisah),” katanya.

Adnan berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di aplikasi TikTok Zayan pada Jumaat. Dalam pada itu, Adnan juga berharap dia diberikan peluang meneruskan kehidupan dan mahu kejayaannya diraikan oleh kedua-dua isterinya. “Bagi saya peluang untuk saya berdiri balik, saya mahu isteri-isteri saya lihat kejayaan saya semula, Insya-Allah. Itu sahaja yang saya minta pada Allah,” ujarnya.

Pada 25 Oktober tahun lalu, Adira memfailkan perpisahan terhadap Adnan atas alasan tiada lagi persefahaman. Manakala Syarifah pula memfailkan perpisahan pada penghujung Januari lalu. Untuk rekod, Adnan dan Adira atau Siti Adira Suhaimi, 33, berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua dan memiliki empat orang cahaya mata. Hasil perkahwinan Adnan dan Datin Red mereka dikurniakan lima orang cahaya mata.

Malah Adnan juga pernah berkahwin ketika berusia 20 tahun namun berpisah selepas lima tahun bersama dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *