Kucar kacir industri tanah air sejak kebelakangan ni, Erma Fatima minta Sarah Yasmine selesaikan masalah di negara sendiri

Penerbit dan pengarah terkenal, Erma Fatima minta Sarah Yasmine berambus dari Malaysia susulan kucar kacir yang dilakukan dalam industri seni Tanah Air sejak kebelakangan ini. Memetik laporan dari Harian Metro, dia sangat kecewa dengan tindakan wanita yang mengaku sebagai kekasih kepada aktor Singapura, Aliff Aziz selepas membuka aib banyak pihak terutamanya artis-artis tempatan. “Balik negara kau dan selesaikan di sana. Jangan jatuhkan maruah orang dalam negara aku,” katanya.

Dia meminta agar Sarah Yasmine menyelesaikan masalah antara mereka di negaranya kerana dilihat seakan menghancurkan industri seni Malaysia. “Seorang wanita yang kecewa ditinggalkan kekasih. Dia juga bukan warga negara Malaysia, masuk ke dalam negara aku kemudian buat ‘kenduri selak kain’ artis Malaysia dan semua orang meraikannya.

Media sosial, pengamal media semua raikan orang luar itu sedangkan masalah dia adalah dengan artis negaranya sendiri. Saya sangat marah dengan tindakan yang dilakukannya. Saya faham perasaan dia yang kecewa selepas ditinggalkan kekasih selepas memberi segala-galanya tetapi jangan datang ke sini dan hancurkan industri seni Malaysia,” ujarnya. Ujarnya, tindakan yang dibuat wanita terbabit seharusnya tidak dirai dan menggesa mana-mana individu yang telah dipermalukan untuk membuat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) ataupun laporan polis.

“Ruhainies dan Sophia tolong buat laporan polis untuk hentikan dia. Anda berdua ada hak untuk melakukannya, tidak kisahlah ada skandal atau sebagainya. Di mana SKMM? Apa pihak kementerian lakukan untuk hentikan orang luar yang masuk dan hancurkan industri seni tanah air. Saya harap ‘kenduri selak kain’ ini dihentikan dan pihak SKMM lakukan sesuatu. Kita ada akta. Kalau mereka boleh panggil saya dan Zul Ariffin untuk siasat isu drama Perempuan Itu sebelum ini, mengapa kita tidak boleh lakukan perkara sama sekarang?

Dia orang luar, bukan terbabit dalam industri kita. Berambus, keluar dari Malaysia dan selesaikan masalah mereka sendiri. Dua-dua bukan orang Malaysia pun, tak perlu selak kain-kain artis Malaysia,” tegasnya. Dalam pada itu, Erma Fatima berharap orang ramai berhenti memberi perhatian terhadap Sarah Yasmin serta menggesa agar Aliff Aziz segera tampil bagi menyelesaikan segala kemelut yang sedang melanda berpunca daripada tindakannya.

“Berhenti angkat dia dan raikan kenduri orang luar lakukan. Sebab itu saya kata pada Sophia, jangan datang. Saya juga minta Aliff, jadi lelaki sejati. Jangan duduk dan diamkan diri selepas lakukan semua ini. Kau lapor polis dan ada hak untuk hentikan wanita itu. Kenapa kau hilang? Kau buat masalah sana sini kemudian hilang. Kau buat hal dalam negara aku pula. Tak perlu cerita isu gam dan sebagainya, selesaikan isu ini sekarang dan berambus,” katanya.

Terdahulu, beberapa nama artis tempatan telah terseret sama dalam susulan pendedahan yang dibuat oleh wanita yang mengaku sebagai kekasih gelap kepada selebriti, Aliff Aziz. Selain daripada nama Bella Astillah dan Ruhainies, beberapa nama juga telah dipetik oleh Sarah Yasmine sehingga pelbagai kisah aib terbongkar. Antara yang menjadi perbualan adalah Caprice, Emma dan Chacha Maembong, Tom, Fuad Rahman, Meerqeen, Anna Jobling dan Sophia Albarakbah.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.