Bakal berdepan saman bernilai RM512 juta, AstraZeneca akui vaksin keluaran mereka ada kesan sampingan

Firma Farmaseutikal AstraZeneca (AZ) mengakui dalam dokumen mahkamah bahawa vaksin COVID-19 mereka boleh menyebabkan kesan sampingan yang jarang berlaku buat pertama kali. Pengakuan itu secara langsung telah membuka jalan untuk pampasan undang-undang yang bernilai jutaan pound memandangkan ada 51 kes yang dikemukakan di Mahkamah Tinggi di negara itu buat masa ini. Tuntutan ganti rugi tersebut dinggarkan bernilai sehingga £100 juta bersamaan dengan RM512 juta.

Syarikat itu kini berdepan dengan saman atas dakwaan vaksin yang dibangunkan oleh mereka dengan Kerjasama Universiti Oxford boleh menyebabkan pemergian dan kecederaan serius dalam puluhan kes. Peguam telah berhujah bahawa vaksin tersebut telah menghasilkan kesan sampingan yang memberi kesan buruk kepada sebilangan kecil individu. Menerusi Berita Harian, kes pertama terjadi pada tahun lalu, ia difailkan oleh seorang bapa kepada dua anak, Jamie Scott. Dia mendakwa mengalami kecederaan otak kekal selepas dirinya mengalami pembekuan drh dan pendrhn di otak yang menghalangnya daripada bekerja, selepas disuntik vaksin itu pada April 2021.

Difahamkan, tahapnya agak teruk sehinggakan pihak hospital telah menghubungi isterinya sebanyak 3 kali secara berasingan untuk memberitahu bahawa lelaki itu bakal pergi menghadap illahi. Bagaimanapun AZ membantah tuntutan itu tetapi dalam dokumen undang-undang yang dikemukakan kepada Mahkamah Tinggi pada Februari, ia membuat beberapa pengakuan.

Antaranya, ia menyatakan vaksin COVID-19 buatannya ‘boleh, dalam kes yang sangat jarang berlaku, menyebabkan TTS atau ‘Thrombosis with Thrombocytopenia Syndrome’ iaitu pembekuan drh dan kiraan platelet drh menjadi rendah. Pengakuan daripada AZ itu dibuat dalam pembelaan undang-undang mereka terhadap tuntutan Mahkamah Tinggi oleh Scott, selepas berlaku perbalahan undang-undang yang sengit.

Ia boleh menyebabkan pemberian pampasan jika firma terbabit mengakui vaksin itu menyebabkan penyakit serius dan pemergian dalam kes tertentu, malah kerajaan juga berjanji untuk membiayai kos tindakan perundangan terhadap AZ. Dalam pada itu dalam surat jawapan yang dihantar pada Mei 2023, AZ memberitahu peguam Scott: “Kami tidak menerima bahawa TTS disebabkan oleh vaksin pada peringkat generik”.

Bagaimanapun, dalam dokumen undang-undang yang dikemukakan kepada Mahkamah Tinggi pada Februari lalu, AZ berkata: “Memang diakui bahawa vaksin AZ boleh, dalam kes yang sangat jarang berlaku, menyebabkan TTS. Mekanisme penyebab tidak diketahui.” “TTS juga boleh berlaku jika tiada vaksin AZ (atau mana-mana vaksin). Penyebab dalam mana-mana kes individu hanya boleh ditentukan melalui pembuktian pakar,” katanya.

Oleh sebab itu mula mengaitkan antara vaksin dan penyakit baru dikenali sebagai ‘immune thrombocytopenia and thrombosis (VITT)’ berpunca daripada pengambilan vaksin seawal Mac 2021, sejurus selepas vaksin COVID-19 mula diedarkan. Sementara itu, isteri kepada Scott memberitahu sumber bahawa dunia perubatan sudah lama mengakui bahawa VITT disebabkan oleh vaksin. Hanya AZ yang mempersoalkan sama ada keadaan Jamie disebabkan oleh suntikan itu.

“Ia mengambil masa tiga tahun untuk hasil ini (tuntutan mahkamah). Ia adalah kemajuan, tetapi kami ingin melihat lebih banyak daripada mereka dan kerajaan. Sudah tiba masanya untuk perkara ini bergerak lebih cepat. Saya harap melalui penerimaan mereka itu, bermakna kita dapat menyelesaikan masalah ini lebih awal. Kami memerlukan permohonan maaf, pampasan yang adil untuk keluarga kami dan keluarga lain yang telah terjejas. Kami mempunyai kebenaran di pihak kami dan kami tidak akan berputus asa.”

Dalam pada itu, rakan kongsi di firma undang-undang Leigh Day iaitu Sarah Moore, dia membawa tuntutan undang-undang itu berkata bahawa AZ mengambil masa setahun untuk mengakui secara rasmi bahawa vaksin mereka boleh menyebabkan pembekuan drh, selepas fakta ini diterima secara meluas oleh komuniti klinikal sejak akhir 2021. Sementara itu, dalam satu kenyataan, AZ berkata bahawa pihaknya bersimpati kepada sesiapa yang kehilangan orang tersayang atau dilaporkan mempunyai masalah kesihatan.

“Keselamatan pesakit adalah keutamaan kami yang tertinggi dan pihak berkuasa kawal selia mempunyai piawaian yang jelas lagi ketat untuk memastikan penggunaan selamat semua ubat, termasuk vaksin.” Malah, kajian bebas menunjukkan vaksin AZ sangat berkesan dalam menangani wabak itu, seterusnya menyelamatkan lebih enam juta nyawa di seluruh dunia pada tahun pertama ia dilancarkan.”

Bagaimanapun, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata, vaksin itu ‘selamat dan berkesan untuk semua individu berumur 18 tahun ke atas’ dan kesan buruk yang kini menyaksikan tindakan undang-undang adalah ‘sangat jarang berlaku’. Menurut sumber lagi, vaksin yang sebelum ini digembar-gemburkan oleh Boris Johnson, sebagai ‘kejayaan untuk sains British’ sewaktu pelancarannya, kini tidak lagi digunakan di United Kingdom (UK).

Ia selepas saintis pada mulanya ada mengesan kesan sampingan yang ada potensi serius daripada suntikan itu, mereka dapat mengesan pada beberapa bulan selepas pelancaran vaksin tersebut. Malah, peguam yang mewakili keluarga yang sama syarikat ini mendakwa bahawa vaksin itu tidak selamat sepertimana yang diharapkan oleh individu.

Mereka menyaman firma itu, yang berpangkalan di Cambridge, di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1987. Angka rasmi dari Agensi Pengawalseliaan Produk Ubat dan Penjagaan Kesihatan (MHRA) menunjukkan sekurang-kurangnya 81 pemergian di UK disyaki mempunyai kaitan dengan tindak balas negatif yang menyebabkan pembekuan darah pada orang yang mempunyai kiraan platelet darah rendah. Tambahnya lagi, secara keseluuhan, hamper satu daripada 5 orang yang mengalami keadaan itu pergi menghadap illahi akibat daripada kesan sampingan.

Kerajaan UK menjalankan skim pampasan vaksinnya yang tersendiri tetapi mereka mendakwa bayaran sekali gus iaitu sebanyak £120,000 (RM614,359) tidak mencukupi. Angka yang diperoleh di bawah desakan Kebebasan Maklumat itu juga menunjukkan bahawa daripada 163 pembayaran yang dibuat oleh kerajaan menjelang Februari tahun ini, sekurang-kurangnya kepada 158 orang adalah penerima suntikan vaksin AZ.

Skim Bayaran Kerosakan Vaksin memberi pampasan kepada mereka yang terkesan akibat vaksin atau kepada waris yang kehilangan orang tersayang. Kurang daripada 5 orang di bawah skim itu menerima vaksin selain daripada AZ. Sebelum ini AZ ada berhujah dalam mahkamah bahawa tuntutan terhadap syarikat itu ‘mengelirukan’ dan ‘salah di sisi undang-undang’. Dalam dokumen pembelaan yang difailkan, AZ berkata, profil manfaat/risiko vaksin itu adalah kekal/positif.

AZ merupakan syarikat senarai awam kedua terbesar di UK, dengan modal pasaran melebihi £170 bilion (RM870 bilion). Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.