TINDAKAN seorang warganet menggelarkan Puteri Sarah Liyana dan Bella Astillah sebagai ‘geng secondhand’ mengundang rasa kurang senang pelakon itu. Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 39, meluahkan rasa bengang apabila menerima banyak komen hinaan dan negatif di Instagram (IG) terutamanya daripada golongan lelaki. “Bukan main kau komen hina aku dengan Bella. Dekat sini pengecut pula, sebenarnya banyak sahaja jantan sakit mental penuh dekat komen IG tu,” katanya.
Puteri Sarah berkongsi perkara itu menerusi satu ciapan yang dimuat naik di aplikasi X miliknya. Dalam pada itu, Puteri Sarah turut mendedahkan lelaki tersebut sudah menyekatnya di media sosial. Pelakon drama Hijrah Jannah itu menyifatkan lelaki berkenaan sebagai pengecut kerana hanya pandai tinggalkan komen di media sosial. “Ehh? Pengecut rupanya block kita. Ingat hebat sangat. Komen dekat IG macam bagus.
“Bukan main kau komen IG aku. Dah letak muka tiba-tiba profile semua hilang. Bila tweet bukan main nampak baik tapi munafik. Sudahlah komen kurang ajar,” ujarnya. Sebelum ini, Puteri Sarah memuat naik video trend lagu ‘Alamak Raya’ bersama Bella Astillah dan Didi Astillah di Instagram miliknya. Video tersebut mendapat pelbagai reaksi warganet termasuk komen daripada lelaki yang mendakwa Puteri Sarah dan Bella adalah ‘geng secondhand’ kerana sudah berpisah dengan suami.
Untuk rekod, Puteri Sarah mendirikan rumah tangga dengan pengarah Syamsul Yusof pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 7, dan Sumayyah, 6 tahun. Mereka bagaimanapun sah berpisah talak satu pada 14 Jun tahun lalu. Manakala Bella sudah memfailkan pisah terhadap suaminya iaitu Aliff Aziz pada 13 Mac lalu selepas pelakon itu dicekup berkhlwt dengan Ruhainies pada 9 Mac.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.