Nampak macam persendakan agama, dah elok berniqab sekali selamba je Ruhainies peluk dengan lelaki

Pelakon sensasi, Ruhainies kembali mengundang kritikan warganet setelah tindakannya yang memeluk seorang lelaki bukan mahram selepas pulang dari mengerjakan ibadah umrah, dianggap tidak sopan dan jelik. Menerusi pautan video yang dikongsikan, Ruhainies dilihat berpelukan dengan kawan baik lelaki yang menyambut ketibaannya setelah pulang dari Tanah Suci. Dalam pada itu, pelakon terbabit dan kakaknya, Risteena Munim dilihat masih mengenakan jubah dan niqab berwarna hitam sekali gus mengundang tanda tanya buat warganet.

Warganet mendakwa bahawa tindakan Ruhainies yang mengenakan pakaian sunnah tetapi melakukan perkara tidak baik seolah-olah mempersendakan agama Islam. Rata-rata pengguna media sosial turut menyuarakan cara berpakaian Ruhainies yang dilihat tidak sepenuhnya mematuhi syariah kerana tidak memakai stoking lengan dan membiarkan sahaja tangannya kelihatan bukan mahram.

Sementara itu, rakan baik Ruhainies yang dikenali sebagai Zahar Bubu dilihat telah memuat naik status meminta maaf dan mengaku kesalahan yang dibuatnya selain bertindak memadam video berkenaan. Terdahulu, Ruhainies atau nama penuhnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas mengerjakan ibadah umrah sekali gus menjalani ibadah puasa dan meraikan Aidilfitri di sana. Sebelum itu, Ruhainies terpalit kontroversi melibatkan Aliff Aziz susulan mereka dicekup berkhalwat selepas didakwa bersekedudukan di sebuah kondominium mewah di ibu negara pada 9 Mac lalu.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *