Anak kepada pasangan selebriti Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Marissa Dania mohon maaf kepada orang ramai terutamanya keluarga berkaitan keputusannya berkahwin dengan Aslam pada Disember tahun lalu. Menurut laporan Harian Metro, dia berdiam diri selama ini kerana mahu menjaga nama baik keluarga dan pihak yang terlibat.
“Saya mohon maaf kerana sudah melukakan hati banyak pihak termasuk keluarga. Saya bukan mahu mengelak atau melarikan diri, sebaliknya saya mahu menjaga nama baik keluarga dan semua pihak yang terbabit. Ini adalah jalan yang saya dan Aslam pilih (hidup berpoligami). Jadi saya mohon semua pihak beri ruang untuk kami menyelesaikan masalah rumah tangga tanpa campur tangan pihak luar. Insya-Allah semuanya akan baik-baik saja. Saya sedang berusaha ke arah itu dan doakan semoga semuanya berjalan lancar,” katanya.
Bukan itu sahaja, Marissa meluahkan rasa syukur apabila ahli keluarganya sudah terbuka hati untuk menerima kehadiran Aslam meskipun sebelum ini mendapat tentangan hebat. “Saya akui pernikahan kami mendapat tentangan daripada keluarga. Tiada ibu bapa yang bersetuju dengan pilihan seperti ini, lebih-lebih lagi usia saya yang masih muda. Saya dan Aslam tidak mahu hubungan kekeluargaan ini terputus atau dilanda masalah. Jadi kami kuatkan semangat dan harunginya bersama. Walau apapun rintangan yang datang, saya dan Aslam akan cuba selesaikan masalah yang berlaku satu demi satu,” katanya.
Dalam pada itu, Marissa yang baru sahaja berusia 19 tahun enggan untuk memberi sebarang kenyataan mengenai hubungan bersama madunya Umisya Mazlan namun meminta orang ramai mendoakan yang terbaik buat mereka. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.