Intan Najuwa dikatakan cucuk bibir, tak boleh berdiam sekali tuan badan beri penjelasan

Pelakon Datin Intan Najuwa menafikan dirinya menyuntik bibir seperti didakwa seorang individu. Menurut Intan, dia tidak melakukan sebarang suntikan dan menjelaskan hanya melukis bentuk bibirnya ketika memakai gincu. “Makcik, saya tak cucuk bibir makcik. Saya overline saja lips saya masa pakai lipstick.” Intan menjelaskan mengenai perkara itu pada sebuah komen yang ditinggalkan seorang individu di Instagram miliknya dengan mendakwa dia menyuntik bibir.

“Intan ini cucuk bibir ke?” Sementara itu, rata-rata wargamaya yang singgah ke ruangan balas turut mengkritik tindakan individu itu dan menegaskan aktres tersebut menggunakan teknik solekan untuk menampakkan bibirnya lebih tebal. Terdahulu, warganet mempertikaikan foto yang memperlihatkan suami Intan iaitu Datuk Ahmad Azraf Azman menggunakan tongkat yang dianggap sekadar untuk bergaya.

Intan bagaimanapun menegaskan suaminya bukan mengikuti trend semasa, sebaliknya menanggung kesakitan akibat jatuh ketika melakukan aktiviti menunggang kuda. Imbas kembali, Intan mendirikan rumah tangga dengan Ahmad Azraf Azman pada 18 Ogos 2023 dalam majlis yang berlangsung di sebuah pusat peranginan mewah di Desaru, Johor.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.