Tak ingat kali terakhir Aliff balik rumah, Bella Astillah akui tak nak pertahankan rumahtangga

PELAKON dan penyanyi Bella Astillah tidak menyangka Aliff Aziz enggan melafazkan talak sedangkan dia sendiri pernah menyuarakan untuk berpisah sebelum ini. Bella atau Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, berkata, kemelut rumah tangga mereka sepatutnya berakhir dengan segera selepas melalui pelbagai dugaan. “Dia (Aliff) pernah cakap nak selesaikan selepas tamat penggambaran drama. Tak sangka hari ini masih belum selesai,” katanya kepada pemberita.

Pasangan itu hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi sebutan kes crai yang difailkan Bella secara ekspres pada 13 Mac lalu. Pada prosiding yang berlangsung di hadapan Hakim Syarie Wan Mohd Najib Wan Hamat, Aliff atau Muhammad Aliff Aziz, 33, tidak bersetuju melepaskan Bella atas alasan masih sayang isterinya dan mahu mempertahan rumah tangga mereka. Pertama kali bertemu selepas beberapa bulan tidak pulang ke rumah, Bella juga sudah tidak mampu menatap wajah Aliff.

“Saya tak pandang pun wajah dia. Saya juga sudah tak ingat bila kali terakhir Aliff pulang ke rumah. Sudah cukup saya pertahan rumah tangga kami. Masing-masing ada had. Kalau sayang kenapa dia buka aib saya?” ujarnya. Pada Rabu, Bella mendedahkan Aliff berlaku tak setia sebanyak 11 kali sepanjang 10 tahun mereka mendirikan rumah tangga termasuk dengan adik Bella sendiri iaitu Eriqa Astillah. Bella turut mendedahkan dia mengesan Aliff di rumah pelakon Ruhainies sebanyak lapan kali menggunakan GPS.

Dalam masa sama, dia juga tidak menyangka ibu mentuanya iaitu Siti Hafiz Basharahil tergamak memburukan dia kepada orang lain. Sementara itu, peguam Bella iaitu Azmi Mohd Rais memberitahu segala pendedahan dibuat itu telah didokumenkan untuk perbicaraan di mahkamah. “Pihak kami juga memohon mahkamah untuk menasihati Aliff agar pertimbangkan keputusan untuk tidak berpisah. Kami mengambil kira perbalahan yang hangat diperkatakan dalam tempoh semingu ini di sosial media,” jelasnya.

Kes mereka akan diteruskan ke peringkat Jawatankuasa Pendamai (JKP) dan Bella melantik kakak angkat bernama Linda Hashim sebagai wakil manakal Aliff mewakilkan ibunya sendiri. Pada 13 Mac lalu, Bella memfailkan untuk berpisah terhadap Aliff secara ekspres selepas pelakon itu dicekup berkhalwat dengan Ruhainies pada 9 Mac lalu. Untuk rekod Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016. Pasangan ini pernah mengambil keputusan untuk berpisah pada 16 Mei 2019 selepas Aliff beberapa kali berlaku tak setia namun kembali rujuk ketika dalam tempoh edah.

Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna yang masing-masing berusia tujuh dan empat tahun. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.