Datuk Red punya penangan, Ibu Neelofa dedah jualan mencecah lebih RM100k

Ibu Neelofa bersyukur apabila siaran langsung bersama usahawan Datuk Red berjaya meningkatkan jualan sehingga mencecah lebih RM100,000 di platform TikTok. Perkara tersebut dinyatakan oleh Noor Kartini Noor Mohammed, 57 menerusi media sosial miliknya apabila mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada suami kepada penyanyi Adira Suhaimi berkenaan. Dalam video tersebut, Datuk Red atau nama sebenarnya, Datuk Seri Adnan Abu telah datang dengan memakai topi berwarna merah seperti selalu dan baju berwarna putih sebelum sama-sama live dengan Noor Kartini bagi mempromosikan produk jualannya. Klik sini untuk lihat video.

Tak hanya mempromosikan, dia turut membuat demonstrasi memasak daging harimau menangis dan ditonton ribuan viewer di TikTok milik Noor Kartini. Susulan daripada perkongsian tersebut, Datuk Red turut mengucapkan terima kasih kepada ibu selebriti terkenal itu kerana sudi memanggilnya untuk bersiaran langsung di platform TikTok. Terdahulu, Datuk Red telah live bersama pempengaruh, Abang Tesla bagi menjual kuih raya sehingga berjaya mencecah jualan sebanyak RM78,000 dalam masa sehari.

Bukan itu sahaja, malahan platform live TikTok jualan ahli perniagaan itu turut mendapat lebih daripada 15,000 jumlah tontonan. Populariti, Datuk Red naik mendadak selepas dia membuat pendedahan berhubung kehidupannya yang sudah diisytihar bankrap sejak lima tahun lalu. Ujarnya, dia kini ditanggung oleh isteri-isteri dan turut menanggung hutang jutaan ribu ringgit sehingga memaksa untuknya menebalkan muka mencari pekerjaan di TikTok serta tidak kisah apa sahaja kerja asalkan halal.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.