Tak pernah halang jumpa dengan anak anak, tak sangka rupanya Datuk Red dah pernah kahwin 3 kali

Sebuah akaun TikTok yang menggunakana nama @CikHanaa dipercayai milik bekas isteri kepada Datuk Red tiba-tiba tular sehingga menyorot perhatian wargamaya. Difahamkan pemilik akaun tersebut merupakan bekas isteri Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu sebelum dia mendirikan rumah tangga kedua dengan Datin Red. Apa yang menjadi perhatian adalah hantaran yang dimuat naik individu tersebut apabila dia menyatakan tidak pernah menghalang bekas suami untuk berjumpa dengan anak-anak meskipun mereka sudah berpisah. Klik sini untuk lihat video.

“Aku tak pernah halang kau (Datuk Red) jumpa anak-anak. Anak-anak pun sekarang dah besar dan berjaya pun. Alhamdulillah.” Dalam hantaran sama, individu berkenaan turut memuat naik sekeping foto memeperlihatkan Datuk Red bersama anak-anak mereka yang sudah dewasa. Perkara itu sekali gus mengundang rasa terkejut dalam kalangan segelintir warganet yang mana menyatakan mereka baru mengetahui bahawa Datuk Red sudah bernikah sebanyak tiga kali.

Menurut sumber, Datuk Red didakwa melepaskan isteri pertama selepas tidak lama dia mendirikan rumah tangga kedua bersama Datin Red atau nama sebenarnya Datin Seri Sharifah Norshafila Hashim. Status isteri pertama kemudian diberikan kepada Datin Red selepas Datuk Red berpisah dengan Cik Hanaa. Datuk Red kemudian berkahwin kali ketiga dengan penyanyi Adira Suhaimi di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5 dan Ayob yang kini berusia dua tahun. Sementara itu, Datuk Red juga memiliki tiga orang cahaya mata lelaki menerusi perkahwinan dengan Datin Red. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.