Banyak perkara lain yang boleh dibuat selain menyanyi, Pu Syed tegur Menteri Besar Kedah sebab menyanyi lagu raya atas pentas

Pencetus Ummah (PU) Syed Mohd Bakri Syed Ishak tegur Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor selepas nyanyi di atas pentas, baru-baru ini. Teguran itu buat secara terbuka oleh PU Syed menerusi sebuah hantaran di platform Instagram miliknya, kelmarin. PU Syed menyifatkan tindakan Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu menyanyi di atas pentas dengan berlatarbelakangkan sekumpulan kanak-kanak perempuan menari adalah contoh yang tidak wajar dicontohi. Klik sini untuk lihat video.

Difahamkan, video tersebut dirakam semasa majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Perbadanan Kemajuan Negari Kedah (PKNK). Tegur pendakwah selebriti itu, masih banyak lagi perkara yang boleh dilakukan tetapi bukan dengan bertindak sedemikian kerana figura itu membawa imej seorang pemimpin parti PAS. “Wahai DS (Datuk Seri) MB (Menteri Besar), cukup-cukuplah menyanyi, banyak perkara lain yang boleh dibuat selain menyanyi.

Kali ini video yang tersebar disertakan tarian di belakang MB, ia sangat tak bagus. Ambe (Saya) sangat tidak setuju pemimpin PAS menunjukkan contoh sebegini kepada khalayak ramai atas alasan berhibur dan menghiburkan,” katanya. Dalam pada itu, PU Syed turut mempersoalkan sama ada pemimpin parti berkenaan berhasrat untuk membuat pembaharuan, namun dalam masa sama menyalahi kepimpinan ulama. Beliau juga menyarankan agar ulama di Kedah khususnya agar bertegas dan menegur tindakan menteri besar itu supaya lebih berhati-hati agar ia tidak akan dijadikan bahan politik pihak lawan.

“Tolong tegur secara tegas terhadap MB kesayangan rakyat Kedah ini agar lebih berhati-hati agar tdak menjadi ‘bola tanggung’ kepada lawan. Tegur tanda sayang, tapi kalau kerap sangat ditegur tapi masih tak dengar, saya harap digantikan menteri besar yang baharu bagi menggantikannya. Jagalah himmah sebagai pemimpin gerakan Islam,” ujarnya.

Sebelum ini, Muhammad Sanusi amat sinomin dan dikenali sebagai figura yang popular di media sosial, khususnya TikTok kerana pernah memuat naik rakaman dirinya menyanyi tidak kira secara siaran langsung atau di acara tertentu.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *