Lama menyepi terkejut bila tular cerita Rossa Sera jalinkan hubungan dengan suami orang

Nama bekas isteri kepada selebriti Shuk Sahar iaitu Rossa Sera menjadi topik hangat warganet di media sosial susulan pendedahan seorang individu yang mendakwa Rossa menjadi punca keretakan rumah tangga pasangan suami isteri. Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram Story (IG Story) Jannalis4_, mendakwa Rossa Sera atau nama sebenarnya Rossalennah Natassyiah Asshaferah menjalin hubungan dengan seorang lelaki yang berstatus suami orang.

“Dah banyak kali peluang diberikan untuk berhenti mengganggu lelaki tersebut tetapi Rossa Sera masih melayan. Dengan alasan lelaki tersebut yang mencari. Memang betul, bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi.” Dakwa individu itu lagi, isteri lelaki terbabit dan Rossa Sera telah bertemu pada 2 Februari lalu bagi menyelesaikan isu tersebut namun mereka gagal mencapai kata sepakat. Rossa didakwa masih menghubungi lelaki tersebut.

“Mereka masih lagi berhubung di belakang isteri sah. Pada 24 Februari 2024, jaminan tadi hanyalah dusta dan semua itu hanya untuk menutupi mata isteri sah. Percintaan Rossa Sera dengan suami orang bersambung di game ya. Semalam (31 Mac), di hadapan isteri sah dan anak-anak, si suami memilih Rossa Sera berbanding isteri sah. Terima kasih Rossa Sera. Semoga Allah SWT sahaja yang membalas semua ini.”

Sementara itu, isteri Shuk Sahar iaitu Fara Salleh turut memuat naik satu paparan skrin perbualan dengan seorang individu yang memaklumkan kepadanya tentang isu tersebut. Fara menafikan tuduhan warganet yang mendakwa bahawa dia adalah ‘dalang’ di sebalik akaun Instagram Jannalis4_. Hantaran yang dikongsikan itu dipercayai telah dipadam oleh Fara selang beberapa minit dimuat naik. Dalam pada itu, hasil tinjauan mendapati warganet mula membanjiri ruangan komen Instagram Rossa Sera dengan menggesa wanita itu untuk menjelaskan perkara sebenar.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.