Impian nak mengakhiri zaman bujang tak kesampaian, Sufian Suhaimi dedah hubungan dengan keksai dah berakhir

IMPIAN penyanyi Sufian Suhaimi untuk mengakhiri zaman bujangnya bersama wanita dikenali sebagai Rania Al-Sadat nampaknya tidak kesampaian apabila hubungan itu putus di tengah jalan. Mendedahkan wanita itu sudah memulangkan cincin risik, Sufian, 32, bagaimanapun berkata hubungannya dengan Rania dan keluarga masih baik serta tidak menyimpan sebarang dendam. “Kami masih berkawan cuma hubungan merisik tu dah tiada dah. Tapi semua pihak menerima dengan hati yang terbuka dan tiada rasa dendam,” katanya.

Sufian berkongsi perkara itu ketika ditemui di Iftar Raya 2024 Rusa dan MVM di Geno Hotel, Subang Jaya, Selangor pada malam Isnin. Dalam pada itu, penyanyi lagu Menggenggam Bahagia itu memaklumkan keputusan itu dibuat atas pilihan bersama. Kata Sufian lagi, antara punca mereka tidak meneruskan hubungan adaah disebabkan tidak sehaluan. “Keputusan tersebut adalah keputusan bersama. Kami tiada bergdh ke apa sebab kalau ikutkan nak nikah dari tahun lepas cuma ada perkara yang kami rasa perlu bincangkan sebab kami fikir perkahwinan bukan perkara boleh buat dengan tergesa-gesa.

“Boleh dikatakan tidak sehaluan tapi tidaklah sehingga bergdh besar. Tiada punca orang ketiga dan pulangkan cincin tu sewaktu minggu kedua bulan Ramadan. Tiada satu penyesalan pun… Siapa tahu jodoh di tangan Tuhan kemungkinan kita akan bahagia bersama-sama kami pun tak tahu,” jelasnya. Sementara itu, Sufian menafikan dakwaan segelintir warganet yang merasakan hubungan cintanya itu adalah sebuah konten semata-mata.

“Siapa yang cakap percintaan saya ni konten semata-mata tak baiklah. Sebab mana ada orang nak memperdagangkan cinta terutama saya yang tak suka berkongsi masalah peribadi. Jauh sangat untuk saya ketengahkan hubungan cinta sebagai teknik pemasaran atau cara kekal relevan dalam industri. Tak pernah terlintas dan takkan buat,” katanya. Sebelum ini, warganet mula membuat spekulasi hubungan mereka apabila mendapati Rania dan Sufian tidak lagi mengikuti akaun masing-masing di Instagram.

Pada Oktober tahun lalu, Sufian menghantar rombongan merisik kepada keluarga Rania. Sekadar info, Sufian pernah mengikat tali pertunangan dengan pelakon Elfira Loy pada 6 Oktober 2017. Namun ikatan pertunangan itu terlerai pada Februari 2018 selepas pihak keluarga Elfira memulangkan cincin kepada pihak lelaki.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.