Kini sudah tidak memiliki sebarang harta, Sajat akui rumah banglo kena lelong dengan harga lebih RM4 Juta

Usahawan sensasi, Nur Sajat mengakui kediaman banglo mewah miliknya di Seksyen 10, Petaling Jaya, Selangor akan dilelong dengan harga RM4.68 juta, 13 Mei depan. Sajat berkata dia lebih bahagia untuk menetap buat selamanya di Australia, tidak mungkin akan kembali ke tanah air, Malaysia. “Betul, rumah saya memang dilelong. Saya sudah duduk sini (Australia) bukan di sana (Malaysia. Jadi lelonglah. Klik sini untuk lihat video.

“Sedih? Buat apa nak sedih. Saya duduk luar negara, gembira di sini,” katanya. Sajat berkata demikian menerusi sebuah video dimuat naik di akaun TikTok miliknya. Dalam masa yang sama, Sajat turut mendedahkan dia kini sudah tidak memiliki sebarang harta. “Bukan setakat rumah kena lelong, kereta pun dah tiada. Apa pun dah tak ada, jadi nak suruh saya balik buat apa? Memang tak lah. Saya dah tinggal sini, buat apa nak fikir duduk di Malaysia. Bukan boleh balik pun. Dulu ada, disuruh pergi saja. Sekarang dah keluar Malaysia, suruh balik pula.

Biarlah saya hidup gembira di sini. Walaupun jauh di mata, tapi dekat di hati. Orang macam saya ni tak seronok duduk Malaysia. Macam anda, lelaki perempuan seronoklah,” katanya. Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.