Saja lambat kan kes dengan harapan isteri berubah fikiran, Datuk Red luahkan hasrat nak sambut hari raya dengan anak

Usahawan Datuk Red meluahkan hasratnya untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini bersama anak-anak. Menerusi siaran langsung di TikTok, Datuk Red atau nama sebenarnya, Datuk Seri Adnan Abu berharap agar dia diberi peluang untuk beraya bersama isteri dan anak-anak sebagai sebuah keluarga. “Bagi lah saya peluang untuk saya beraya bersama anak-anak. Andailah kata kalau jodoh kami tak panjang, bagilah saya peluang untuk raya dengan anak-anak untuk kali terakhir sebagai seorang suami.

Jangan tunjuk dekat anak-anak. Anggap tiada apa yang berlaku. Kalau tengok pada atas kertas, mungkin tahun ini tahun terakhir saya beraya sebagai suami.” Dalam pada itu, Datuk Red memberitahu sengaja melewatkan kes perpisahan dengan kedua-dua isterinya dengan harapan mereka berubah fikiran. Dia juga akui meskipun dia cuba pertahankan tetapi perkara seperti ini tidak boleh dipaksa sebaliknya ianya memerlukan usaha kedua-dua belah pihak.

“Kadang-kadang kita nak pertahankan tapi sebelah pihak tak nak… nak buat macam mana. Benda macam ni tak boleh paksa. Saya melambat-lambatkan kes, saya cuba ambil masa. Kalau diorang dua (isteri) tak tarik, macam dengan Adira ni tarikh paling hampir. Hujung bulan 4 dah masuk hakam, bila dah masuk hakam memang saya tiada upaya. Saya tak boleh buat apa. Dengan Datin Red tarikh lambat sikit.”

Terdahulu, Datuk Red mendedahkan dirinya diisytiharkan muflis dan menanggung hutang sebanyak RM5 juta sehingga dia terpaksa menumpang belas ihsan dua isterinya. Tidak lama selepas pendedahan itu dibuat, dipercayai suami kepada penyanyi Adira Suhaimi itu menerima beberapa tawaran menjadi model jenama pakaian dan membuat review untuk beberapa jenama. Imbas kembali, Adira dan Datuk Red berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5 dan Ayob yang kini berusia dua tahun.

Sementara itu, Datuk Red juga memiliki tiga orang cahaya mata lelaki menerusi perkahwinan dengan isteri pertama Sharifah Norshafila Hashim. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.