Sanggup terima balik walaupun sebelum ni banyak kes lain, warganet ungkit balik kes lama Aliff Aziz

Sejak kebelakangan ini, kecoh di media sosial mengenai kontroversi yang membabitkan dua selebriti iaitu Aliff Aziz dan Ruhainies yang ditangkap khlwt di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur pada 9 Mac lalu. Malah, isu tersebut bertambah buruk apabila seorang wanita yang dikenali sebagai Sarah Yasmine mengaku sebagai kekasih dan sudah jalin hubungan bersama Aliff Aziz sejak Januari lalu.

Malah, baru-baru ini juga Sarah telah menularkan beberapa tangkap layar perbualan antara dua pelakon tersebut yang dilihat mengutuk serta mencaci Bella Astillah sehingga undang kemarahan warganet. Ekoran pendedahan tersebut, ramai yang meluahkan rasa tidak puas hati selain mendakwa aktor Aliff Aziz seorang yang tidak bersyukur memiliki isteri seperti Bella Astillah yang sanggup menerimanya meskipun pernah terpalit dengan pelbagai kes sebelum ini.

Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman X, individu tersebut imbau kembali kes-kes Aliff Aziz lima tahun lepas ketika menetap di negara asalnya, Singapura. Dalam perkongsian tersebut, individu itu kagum dengan pengorbanan Bella Astillah yang sanggup memberi peluang kedua kepada suaminya dengan memberikan kehidupan yang lebih baik.

Bagaimanapun, pengorbanan itu menjadi sia-sia apabila Bella Astillah telah dicrngi walaupun sudah berkali-kali cuba untuk mempertahankan rumah tangga demi anak-anak. “And after all, Bella kutip him, get him good life, good car, with so many chances to be a better person. Menang GV, dapat banyak jobs atas doa dan sabar seorang isteri. In conclusion, takyah kesian kat laki dan rasa you can change them. Buat sakit jiwa je bela laki b****,” ujar wanita tersebut yang dikenali sebagai Efa Hanie.

Terdahulu, aktor Aliff Aziz enggan untuk menceraikan isterinya, Bella Astillah atas sebab masih sayang ketika sebutan kes perpisahan mereka di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *