Seakan dah tahu akan pergi menghadap illahi, kakak kongsikan momen kali terakhir berkumpul pada aidilfitri pertama lalu

Hari ini merupakan hari yang mendukacitakan buat rakyat Malaysia, dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terhempas dan mengakibatkan 10 nyawa terkrban. Salah seorang mangsa nahas tragedi itu iaitu Pegawai Waran II Muhammad Faisol Tamadun seakan mengetahui dia akan pergi menghadap Illahi dan memberikan ‘tanda-tanda’ buat keluarganya. Menurut laporan Harian Metro, Noryani Tamadun yang merupakan kakak kepada mngs berkata kali terakhir mereka sekeluarga berkumpul pada Aidilfitri pertama lalu, sebelum arwah pulang ke Sabah pada pagi raya kedua.

“Apabila adik cakap takut tak sempat makan, hati saya terdetik kenapa dia cakap macam ini? Selain itu pada pagi Aidilfitri, dia ajak kami tiga beradik bergambar, walaupun seorang lagi adik perempuan yang bekerja sebagai polis di Pahang belum sampai. Arwah kata kita ambil gambar bertiga dulu, nanti takut ‘seorang hilang’, nanti kakak balik (adik kerja polis) akan ganti, dia kata mungkin ini gambar terakhir kita. Saya rasa pelik kenapa dia cakap ‘seorang hilang’, masa nak balik pun dia cakap kita jumpa terakhir sudah ini, hari ini semuanya terjawab,” katanya.

Kakaknya itu bagaimanapun reda dengan pemergian adik lelaki bongsunya itu selepas ibu bapa mereka pergi menghadap illahi pada Januari dan Ogos tahun lalu. Noryani juga berkongsi, Allahyarham sangat bersemangat untuk mengadakan latihan di Pangkalan TLDM Lumut, Perak kerana dapat berjumpa isterinya Nor Syuhada yang bertugas sebagai guru di Seri Iskandar. Difahamkan, jnzh Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sik Dalam, Kedah. Beliau tinggalkan seorang isteri dan dua orang anak perempuan berusia 10 dan 6 tahun.

Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *