Video Norman Hakim tak dapat tahan air mata, Marissa Dania mohon maaf di atas segala kesilapan yang dilakukan

Pelakon Norman Hakim tidak dapat menahan air mata apabila melakonkan video pendek hari raya bersama anak perempuannya iaitu Marissa Dania. Menerusi hantaran di TikTok Pak Mat Western, Norman memeluk erat Marissa dan menyatakan rasa rindu terhadap puterinya itu. Tambah menyayat hati apabila Norman berkongsi perkara yang dilakukan apabila dia merindukan Marissa. “Tiap kali Papa rindukan Adik (Marissa), Papa akan buka video ini.” Di dalam video tersebut, tertera tulisan yang dipercayai milik Marissa sewaktu kecil buat bapanya. Klik sini untuk lihat video.

“Adik selalu doa supaya dosa Papa bagi dekat Adik. Pahala Adik bagi dekat Papa..sebab Adik sayang Papa.” Dalam pada itu, Marissa juga menangis dan bersalaman dengan Norman memohon maaf di atas segala kesilapan yang dilakukan. “Adik nak minta ampun, minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki.” Balas Norman, dia sudah lama memaafkan kesilapan anak perempuannya itu. “Tiada apa yang Papa nak maafkan. Papa dah lama maafkan Adik.” Terdahulu, nama Marissa pernah menjadi bualan warganet disebabkan kahwin tanpa pengetahuan keluarga di Songkhla, Thailand pada 27 Disember tahun lalu dengan seorang lelaki berstatus suami orang yang dikenali sebagai Aslam.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *