Suami suruh jaga emosi ketika hamil, Shila Amzah akui belum bersedia nak jumpa dengan adik beradik dan ibu

PENYANYI Shila Amzah memberitahu dia masih belum bersedia untuk bertemu ibu dan adik-beradiknya selepas berdepan konflik keluarga sejak Oktober tahun lalu. Kata Shila atau Nurshahila Amir Hamzah, 34, dia enggan emosinya terganggu memandangkan kini sedang sarat hamil anak kedua. “Sejujurnya hati saya belum bersedia untuk jumpa. Kalau boleh saya tidak mahu tertekan dan suami nasihatkan lebih fokus pada kehamilan. “Apabila hamil dalam usia 30-an ini, kita kenalah tenang. Emosi kena jaga. Saya jadi trauma dengar cerita rakan-rakan yang mana kandungan tidak menjadi akibat stres,” katanya.

Shila bagaimanapun memaklumkan dia masih berhubung dengan ibu dan adik-beradik yang lain namun hanya atas urusan penting sahaja. Malah, Shila berkata hubungannya bersama keluarga masa sama seperti dahulu biar pun mereka sudah lama tidak berjumpa. “Hubungan saya dengan keluarga masih sama, tidak bertambah baik mahupun jadi buruk. Walau dalam bulan Ramadan ini mungkin menjadi lebih baik, namun saya tidak mahu fikir dahulu.

Kami masih berhubung seperti biasa namun agak terbatas. Saya rasa mereka juga menghormati keputusan saya untuk beri keutamaan terhadap apa yang saya fokus sekarang,” jelasnya. Kisah keluarga Shila menjadi bulan ramai sejak tahun lalu selepas dia bertindak menjual banglo yang didiami ibu serta tiga orang adik-beradik yang lain.

Keputusan tersebut menimbulkan perselisihan dalam keluarga mereka sehingga adik lelaki Shila banyak mengeluarkan kenyataan buruk tentang dirinya. Bagaimanapun kini, ibu Shila iaitu Fauziah Sarman telah mendiami sebuah rumah baharu bersama tiga lagi anaknya.Dalam pada itu, Shila berkata dia bersikap terbuka sekiranya ibu dan adik-adik lain datang berkunjung ke rumahnya sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti.

“Kalau mereka nak datang beraya saya terima secara terbuka. Namun untuk inisiatif saya sendiri buat masa sekarang belum lagi. Doakan yang baik-baik. Banyak hikmah atas apa yang berlaku sebelum ini,” jelasnya. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.