Tahun ni sambut raya di Perak, Shuib luahkan hasrat nak Watie masak menu raya wajib arwah Siti Sarah

Pelawak, Shuib meluahkan hasrat mahu isterinya, Watie Hanifiah meneruskan menu tradisi Allahyarham Siti Sarah pada pagi raya nanti. Menurut Shuib, 40, menu yang dimaksudkan adalah kuah kacang dan rendang yang sebelum ini sering dimasak oleh arwah pada hari raya. “Pertama kali kami beraya bersama jadi kalau boleh tahun ini saya nak dia masak kuah kacang dan rendang. Dulu pun, arwah Sarah sangat pakar memasak dua menu tersebut. Jadi, saya mahu kekalkannya,” katanya.

Shuib berkata demikian ketika ditemui pada majlis berbuka puasa Indigital Music x FYP Media bertempat di St. Giles Boulevard Hotel, Mid Velley Megamall baru-baru ini. Bakal menyambut raya di Bagan Serai, Perak, Shuib berkata dia teruja kerana akan menghimpunkan seluruh ahli keluarga di sana. “Raya tahun ini insya-Allah lebih meriah sebab mahu kumpulkan seluruh keluarga termasuk adik-beradik dan famili mentua di Perak.

Anak-anak teruja tambahan pula sudah empat tahun mereka berpuasa penuh dan mereka memang sangat ambil berat hal raya. Banyak aktiviti akan dilakukan untuk mereka,” ujarnya. Terdahulu, Shuib dan Watie mendirikan rumah tangga pada 23 Jun tahun lalu selepas hampir dua tahun ahli perniagaan itu menduda. Sebelum ini Shuib atau Shahmira Muhammad berkahwin dengan Siti Sarah pada 2011, namun penyanyi tersebut menghembuskan nafas terakhir akibat jangkitan Covid-19 pada 9 Ogos 2021.

Mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 13, Dzahira Talita Zahra, 11, Ariq Matin, 9, dan Ayash Affan kini berusia tiga tahun. Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.