Tahun pertama beraya sebagai ibu tunggal, Shuhada dedah anak anak tak tanya pasal bekas suami

PERTAMA kali beraya sebagai seorang ibu tunggal, bekas isteri kepada Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri akan memastikan anak-anak dapat merasai hari raya seperti kanak-kanak lain. Kata Shuhada, ini kerana sehingga kini anak sulungnya dikenali sebagai Umairah masih menghadapi trauma atas perkara yang berlaku sebelum ini dan mempunyai rasa takut terhadap bekas suaminya.

“Tidak (anak-anak tidak bertanya pasal Hafidz). Mereka cuma mahu raya sahaja. Cuma Umairah itu ada rasa takut, dia cakap dia nak beraya dengan saya, atuk, nenek. Dia takut kalau ada orang mahu ambil dia. Saya pun kata jangan risaulah. Ibu ada. Saya akan jaga anak-anak saya. Saya nak anak-anak rasa suasana raya itu main bunga api, pelita keliling rumah. Nak hias rumah supaya ada suasana raya,” katanya.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.