Polis cari 2 orang sspek kes smun, Akhyar Rashid rugi hampir RM5k dan terima beberapa jahitan di atas kepala

INSIDEN yang menimpa pemain pasukan Terengganu FC (TFC), Akhyar Rashid, 25, yang diserang dua individu tidak dikenali pada malam Khamis, dipercayai bermotifkan smn. Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor pada Jumaat. Akhyar yang lebih mesra dipanggil Mat Yat disrng berhampiran sebuah kondominium di Kuala Terengganu dalam kejadian 8.30 malam itu, mengalami kecederaan di kepala, kaki kiri dan lengan kiri.

Menurut Azli, mngs yang juga pemain bola sepak kebangsaan itu tiba di kawasan kediamannya selepas selesai sesi latihan bola sepak di stadium di Gong Badak, Kuala Nerus. “Suspek yang memakai ‘mask’ dan menutup kepala dengan baju hoodie itu juga dipercayai memkl dia menggunakan besi yang boleh laras. Suspek kemudian mengambil beg duit mngs yang disimpan dalam beg bimbit dipegang oleh mngs sebelum beredar dari lokasi kejadian menaiki sebuah kenderaan,” katanya.

Azli berkata, dia yang dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) menerima enam jahitan iaitu empat jahitan pada bahagian atas kepala dan dua jahitan di atas tapak kaki kiri selain sakit pada anggota badan. Menurutnya, berdasarkan laporan yang diterima, Akhyar kehilangan beg tangan berharga kira-kira RM4,000, dompet bernilai RM800, kad pengenalan dan lesen memandu dengan jumlah kerugian lebih RM4,800. “Usaha mengesan dua lelaki yang dipercayai terbabit dalam kejadian ini giat dijalankan” katanya.

Tambah beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun kesksn kerana melakukan smn sehingga menyebabkan kelukaan. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.