Baru ni tular di media sosial pasal lesen, sekali wanita ni semangat nak dapatkan lesen sebelum Aliff Aziz

Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila pelakon sensasi iaitu Aliff Aziz dikatakan tidak mempunyai lesen memandu sehingga undang pelbagai reaksi ramai. Mana tidaknya, aktor tersebut telah menggunakan kereta yang dihadiahkan oleh isterinya, Bella Astilla untuk bergerak ke mana-mana lokasi tanpa mempunyai lesen. Klik sini untuk lihat video.

Pun begitu, apa yang menarik perhatian ramai adalah seorang wanita bertindak mengusik aktor tersebut dengan menjadikannya sebagai motivasi untuk belajar memandu. Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh wanita tersebut di laman TikToknya, dia bertekad untuk mendapatkan lesen kereta sebelum Aliff Aziz. “Akhirnya saya belajar memandu supaya saya boleh dapatkan lesen sebelum Aliff Aziz!” tulisnya dalam video tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur dengan usikan wanita terbabit malah ramai yang bergurau supaya dia segerakan proses untuk mendapatkan lesen. Bukan itu sahaja, ramai turut bermotivasi untuk mendapatkan lesen sebelum Aliff Aziz malah, ada yang meluahkan rasa lega kerana sudah selesai urusan lesen lebih awal.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.