Ada yang cakap Alif Satar buat konsert dalam gereja, tak boleh berdiam sekali kawan tampil jelaskan lokasi sebenar

PEMILIHAN lokasi berlangsungnya showcase Alif Satar and The Locos (ASTL) di St John’s Hyde Park, London pada 28 April lalu mengundang pelbagai reaksi warganet. Tampil menjawab mengenai dakwaan lokasi showcase itu di sebuah gereja, sahabat Alif iaitu Zaidan Zainuddin menjelaskan dewan tersebut merupakan pusat komuniti untuk pelbagai acara. “Orang kita cepat melatah, awak semua tahu tak gereja yang disewa oleh penganjur ini adalah pusat komuniti yang memang khas untuk disewakan.

“Tempat ini memang dewan majlis dan gereja lama yang tiada langsung simbol salib di dalamnya. Macam aku dah cakap sebelum ini, Alif tak bodoh sangatlah untuk buta decision bab memilih location performance dia,” katanya dalam satu hantaran di Instagram pada Selasa. Zaidan berkata demikian bagi menjawab tuduhan dilemparkan terhadap ASTL. Sebelum ini, seorang pengguna TikTok meluahkan kekecewaan apabila Alif sengaja melakukan persembahan di dalam gereja sedangkan penyanyi itu yang sering mengajak orang lain ke masjid.

“Lepas dia dah layan program solat subuh macam Jumaat dekat masjid, dia sambung layan program goyang macam disko dekat gereja pulak. Sementara itu, Alif dalam ruangan komen video pengguna TikTok tersebut turut memberikan respon pendek berhubung isu berkenaan. “Tak apa la bro, kau tak tahu,” komen Alif.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.