Akan cari sampai ke lubang cacing, Caprice bengang bila ada individu yang labelkan anak dengan kata kata kesat

Penyanyi rap, Caprice mengajak individu yang didakwa membuat komen menghina anaknya tampil bersemuka. Caprice menerusi hantaran di Instagram turut memuat naik bukti penghinaan yang dilakukan individu terbabit di laman sosial miliknya. “Salam @irfn.azly bab bab anak is the limit. Harap-harap awak dan ahli keluarga awak nampak video dan cari Cap esok atau lusa kita jumpa depan depan,” tulisnya. Klik sini untuk lihat video.

Dalam perkembangan terbaharu, Caprice memaklumkan abang kepada individu itu telah pun menghubunginya. “Abang budak tu dah hubungi Cap dan setuju untuk jumpe Cap dan Elis depan depan lusa atau Sabtu,” maklumnya di ruangan Insta Story. Terdahulu, individu berkenaan telah memberikan komen berbentuk hinaan terhadap anak sulung Caprice yang masih bayi. Antara komen biadap yang diberikan adalah “dajjal kecil dah lahir,” dan “koyak lak kau botak. Memang muka anak kau macam ba**. Nak buat macam mana hahahaha. Ingat anak kau cantik ke si**. Macam terung kepala anj**** je anak kau,”

Untuk info, Caprice dan Farra Inalis mendirikan rumah tangga pada 15 November 2021. Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata pada 17 Mac lalu. Sebelum ini, Farra yang juga ibu tunggal mempunyai seorang anak perempuan bernama Aleesya Sofea. Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.