Menyesal sebab mengadu masalah rumahtangga pada orang luar, Aliff Aziz akui mula rapat dengan Ruhainies masa penggambaran drama

PELAKON dan penyanyi Aliff Aziz mendedahkan hubungannya dengan aktres Ruhainies mula rapat sewaktu mereka menjalani penggambaran drama Terjerat. Kata Aliff, 33, kesilapan terbesar yang dilakukan olehnya ialah apabila bercerita mengenai masalah rumah tangganya dengan Bella Astillah kepada pelakon wanita itu. “Secara jujur pada awal pengggambaran dengan Ruhainies, tiada pun cerita masalah rumah tangga, dia pun tak pernah tanya.

Tapi selepas kami mula rapat dah mula bercerita sikit dan aku rasa menyesal tentang perkara itu, kenapa nak cerita hal peribadi? Bila dah buka cerita sikit-sikit mungkin Ruhainies rasa simpati… apa yang berlaku dah berlaku, aku menyesal ia terjadi,” katanya. Aliff memberitahu penyesalan itu menerusi podcast The Common Folks yang di muat naik di YouTube pada awal pagi Jumaat. Kata Aliff lagi, semasa dia berkongsi cerita itu rumah tangganya sudah mula goyah ditambah pula Bella sudah tawar hati dengan dirinya.

“Apa yang jadi aku hadap depan mata, bukan nak pertahankan kesilapan aku, tapi perkahwinan aku tak sihat pada waktu itu. Bila aku cuba memujuk Bella tapi dia dah tawar hati begitu juga sebaliknya,” ujarnya. Ditanya keadaan dirinya berdepan kontroversi ini, Aliff berkata dia lebih banyak menyendiri dan berharap semua konflik berakhir segera. “Buat masa sekarang aku tak berkomunikasi dengan semua orang. Aku lock diri di rumah berseorangan dan fikir apa aku perlu buat.

Aku rasa lost, dalam minda aku cuma fikir nak semua ini berakhir, sehingga sekarang aku tak boleh nak berfikir,” jelasnya. Pada 13 Mac lalu, isteri Aliff iaitu Bella memfailkan untuk berpisah secara ekspres terhadap selebriti asal Singapura itu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan. Ia susulan Aliff dan pelakon Ruhainies dicekup berkhlwt oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium di ibu negara pada 9 Mac lalu. Aliff bagaimanapun enggan melepaskan Bella pada sebutan kedua kes tersebut pada 4 April lalu kerana masih sayangkan isterinya dan mahu mempertahankan rumah tangga mereka.

Isu tersebut bertambah rumit apabila timbul dakwaan Bella juga bersikap tak setia apabila menjalinkan hubungan dengan aktor baharu, Muaz Zabir selepas tersebar foto mesra mereka berdua. Tidak menyangkal dakwaan tersebut, Bella bagaimanapun menjelaskan hubungannya dengan Muaz sekadar mahu membuatkan Aliff cemburu dan perkara itu juga sudah selesai di antara keluarga kedua-dua belah pihak. Isu itu bertambah panas apabila muncul seorang wanita, Sarah Yasmine mendakwa dia adalah kekasih Aliff seiak Januari lalu.

Sarah turut mendedahkan pelbagai tangkap layar perbualan WhatsApp dipercayai di antara Aliff dan individu dinamakan sebagai ‘NRF’. Pendedahan itu membuatkan ramai bengang selain isu ini turut mengaitkan beberapa selebriti lain seperti Emma Maembong, Chacha Maembong, Caprice, Sophia Albarakbah dan Meerqeen. Untuk rekod, Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata Ayden Adrean, 6, dan Ara Adreanna, 3.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.