Seorang lelaki luah rasa sebak tengok isteri tidur dalam keadaan panas sebab aircond kereta rosak

Seorang lelaki meluahkan rasa sebak apabila melihat isterinya tidur dalam keadaan berpeluh akibat kepanasan kerana penghawa dingin kereta rosak. Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh lelaki berkenaan di laman TikToknya, dia mengusap peluh isteri dan secara tidak langsung membuatkan wanita itu terjaga daripada tidur. Dalam video tersebut, dia berasa kasihan melihat kesusahan yang dialami isterinya yang tidak kisah menahan panas demi insan tersayang. Klik sini untuk lihat video.

Bagaimanapun, isterinya percaya bahawa suatu hari nanti urusannya bersama suami dipermudahkan Allah dan tetap berada di sisi syurganya walau apa pun berlaku. “Orang kata bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Tak mengapa saya doakan suatu hari nanti Allah bagi kita senang balik, insya-Allah..doa baik-baik okay, saya sentiasa ada untuk awak,” ujar wanita tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet kagum dengan pengorbanan wanita terbabit dan lelaki tersebut sepatutnya beruntung memiliki isteri yang sanggup susah senang bersama-sama.

Pun begitu, apa yang menarik perhatian ramai adalah jenis ‘foundation’ yang digunakan oleh wanita terbabit kerana yang tidak meninggalkan kesan selepas dikesat oleh suaminya.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.