Individu ni teruk kena kritik dengan warganet, terkejut selamba je dia bagi bayi berusia 10 hari makan

Satu hantaran di media sosial baru-baru ini mengejutkan ramai pihak apabila entri tersebut memaparkan seorang individu memberi makan kepada bayi yang berusia hanya 10 hari. Menerusi tangkap layar komen yang dimuat naik semula di Platform X, empunya video menjawab kepada pertanyaan seorang individu yang mengajukan soalan tentang usia bayi berkenaan. Susulan kepada jawapan yang diberikan, rata-rata warganet menzahirkan rasa tidak puas hati kerana bimbang akan keselamatan bayi berikut selain menyifatkan ibu bapa kepada kanak-kanak berkenaan sebagai seorang yang tidak bertanggungjawab. Klik sini untuk lihat video.

“Astaghfirullah saya marah sangat, memang ada orang yang tak patut bergelar ibu bapa. Kalau tersedak macam mana? 10 hari bukan boleh menyusu sahaja ke? Gla!” “Kalau nak anak tu belajar jadi ibu bapa dulu supaya tak bodoh. Bayi usia enam bulan pun masih boleh tersedak kalau diberi makan. Ini bayi 10 hari kau bagi makan?!” “Tak tahu ibunya dapat edukasi dari mana bayi masih 10 hari sudah diberi makan begitu. Sekadar info, kes itu dipercayai berlaku di negara Indonesia.

Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.