Tular dakwaan Sufian Suhaimi kembali bercinta dengan bekas kekasih, tak boleh berdiam ini pula respon tuan badan

Penyanyi Sufian Suhaimi enggan memberi sebarang komen mengenai dakwaan yang mengatakan dia sudah kembali bercinta semula dengan bekas kekasih iaitu Rania Al Sadat. Ketika dihubungi, Sufian, 32, berkata tiada perkara yang ingin dijelaskan mengenai khabar angin tersebut. “Saya tidak mahu ulas apa-apa tentang itu. Maafkan saya.” Sementara itu, diminta mengulas mengenai sepotong video yang tular didakwa mirip dirinya dan Rania, pelantun lagu Di Matamu ini berkata dia tidak tahu menahu.

“Video apa yang dimaksudkan itu? Maaf saya tidak tahu apa-apa fasal video tular yang dikatakan.” Terdahulu, tular video pendek di TikTok memperlihatkan seorang lelaki didakwa mirip Sufian bersama seorang wanita di sebuah festival makanan. Menerusi klip berdurasi 25 saat itu, lelaki dan wanita terbabit dilihat sedang beratur untuk membeli makanan. Rata-rata warganet yang singgah ke ruangan komen memetik nama penyanyi Sufian Suhaimi dengan bekas kekasihnya Rania Al Sadat.

Malah, warganet turut membuat andaian dengan mendakwa cinta mereka kembali bertaut semula. Sebelum ini, Sufian mengesahkan bahawa hubungan cinta bersama Rania sudah berakhir pada Mac lalu. Imbas kembali, pada Oktober tahun lalu, Sufian telah menghantar rombongan merisik kepada keluarga Rania.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.