Susulan kejadian baru baru ni, Caprice dan isteri nekad untuk berhenti kongsi tentang anak di media sosial

Penyanyi dan pempengaruh media sosial, Caprice dan isteri berhenti kongsi foto atau video berkaitan anak mereka di media sosial. Menerusi satu perkongsian di InstaStory, Caprice berkata dia amat seronok apabila dapat berkongsi dan mendengar tips daripada ibu bapa berkenaan anak mereka. “Maaf kepada semua ibu bapa yang suka kongsi perjalanan macam mana nak jaga bayi. Saya dan isteri saya sangat seronok berkongsi dan mendengar tips yang anda semua bagi,” katanya.

Namun begitu, susulan insiden baru-baru ini Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli mengambil keputusan bersama isterinya, Farra Inalis  untuk berhenti membuat perkongsian berkaitan anak mereka. “Bagaimanapun, saya dan Elis ambil keputusan untuk berhenti berkongsi foto dan video berkaitan anak kami buat sementara waktu ini. Sayang semuanya, dan kami sangat hargai anda,” ujarnya. Baru-baru ini, anak lelaki Caprice yang baru sahaja dilahirkan menjadi sasaran bli atas talian selepas penyanyi berusia 36 tahun itu membuat perkongsiaan berkaitan anaknya di atas talian.

Caprice kemudian mengambil tindakan untuk memanggil salah seorang daripada individu yang melemparkan kata kejian kepada anaknya. Pemuda itu dibawa berjumpa dengan isteri Caprice untuk memohon maaf selepas mengeluarkan kata-kata berbentuk hinaan kepada anak mereka. Permohonan maaf yang dirakam dan dimuat naik ke Instagram Caprice memaparkan isteri penyanyi itu meminta pemuda berkenaan melutut di hadapannya.

Tindakan Farra mengarahkan pemuda itu melutut di hadapannya mendapat kritikan daripada warganet yang menyatakan wanita itu agak melampau. Namun begitu, Caprice telah pun memohon maaf atas tindakan isterinya disamping memuat naik bukti menyatakan keluarga kepada pemuda itu tidak menyalahkan mereka. Sekadar info, Caprice mendirikan rumah tangga bersama Farra pada 15 November 2021 dan pasangan ini dikurniakan cahaya mata lelaki, Airiel Qashaf pada 17 Mac lalu.

Sebelum ini, Farra merupakan ibu tunggal kepada seorang anak perempuan bernama Aleesya Sofea. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *