Tak nak ulas lebih terperinci, Dai Annas minta Adira Suhaimi rujuk dengan jabatan agama tentang isu Idah

Pendakwah bebas, Da’i Annas memberi pandangan susulan kenyataan yang dikeluarkan oleh penyanyi Adira Suhaimi mengenai isu idah, baru-baru ini. Menurut laporan, Annas berkata terdapat beberapa kelonggaran akan diberikan kepada wanita jila terpaksa menguruskan keluarga tanpa bantuan waris. Golongan tersebut turut diberi kebenaran untuk keluar pada kadar tertentu mengikut keperluan keluarga namun, jika berbalik kepada hukum Islam, ia tidak dibenarkan.

“Kalau keluar (rumah) ketika dalam tempoh idah, ada beberapa kelonggaran diberikan misalnya seorang wanita itu terpaksa menguruskan keluarga tanpa bantuan waris. Mereka diberikan kebenaran untuk keluar pada kadar-kadar tertentu. Kalau kena keluar bekerja mencari rezeki, kena tengok kadar keperluan untuk keluarga. Jika berbalik pada hukum, tidak dibenarkan. Idah ini tidak kira pisah hidup atau mti perlu ikut peraturan yang telah digariskan Islam,” katanya.

Bagaimanapun, Annas enggan untuk mengulas lebih terperinci mengenai isu tersebut memandangkan tidak ketahui situasi sebenar yang dialami oleh Adira. Bahkan, dia menitipkan nasihat buat penyanyi yang berusia 33 tahun itu merujuk kepada pihak jabatan agama untuk mendapatkan kepastian. “Masalah ini boleh rujuk pada fatwa Mufti Wilayah Persekutuan yang pernah keluarkan artikel berkenaan isu wanita dibenarkan keluar bekerja jika berpisah atau pemergian suami dalam keadaan tidak diberikan apa-apa untuk meneruskan kehidupan.

Saya tidak faham konteks penuh artis itu keluar untuk tujuan apa. Jadi secara keseluruhan saya rasa lebih baik rujuk kepada jabatan agama,” jelasnya. Terdahulu, Adira tampil mempertahankan diri apabila segelintir warganet mempersoalkan tindakannya yang masih keluar dan berdandan sedangkan baru sahaja berpisah dengan usahawan, Datuk Red. Jelas Adira, dia terpaksa keluar bekerja dalam tempoh idah kerana mahu mencari rezeki bagi menanggung diri serta empat anaknya yang masih perlu diberi perhatian.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.