Tengah hangat pasal isu gerak blockout 2024, ini pula pendapat dari Elfira Loy

Umum sedia maklum mengenai gerak ‘Blockout2024’ yang sedang giat dijalankan di media sosial dengan nyahikut dan menyekat laman sosial mana-mana pempengaruh atau selebriti yang tidak bersuara atau menjadi duta kepada jenama-jenama produk boikot. Disebabkan itu, ramai artis tanah air telah menyuarakan pandangan mereka mengenai isu tersebut termasuklah pelakon terkenal, Elfira Loy yang berpendapat gerakan tersebut wajar dilakukan oleh semua pihak tanpa mengira status.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Elfira di IG storynya, dia tidak bersetuju apabila ada individu keluarkan kenyataan bahawa rezeki yang diraih (hasil kempen dengan jenama menyokong Zionis) adalah rezeki daripada Tuhan. “Jadi, dengan puak (Zionis) begini ke nak ambil mudah? Terang-terang ini Yahudi dan Allah SWT pun tak suka. Kalau Allah tak suka, kenapa kita nak okey kan. Jika tahu rezeki itu datang daripada Allah, belajar untuk lepaskan. Percayalah Allah akan beri lebih baik,” katanya.

Ibu kepada dua cahaya mata itu berkata dia mulai mendapat kesedaran mengenai kepentingan boikot selepas ada pihak yang memberitahu hal sama terhadapnya sebelum ini. “Sekarang tentang boikot pun sudah keliru hendak lakukan atau tidak. Nanti dajjal muncul, tidak tahulah tahap keliru macam mana. Sepuluh kali fikir hendak bercakap tentang ini tetapi akhirnya teruskan sahaja. Sebab dahulu ada orang cakap begini pada saya dan itu yang membuatkan mula sedar tentang kepentingan boikot,” ujarnya.

Sekadar info, gerakan ‘Blockout2024’ sedang giat dijalankan di Malaysia dengan nyahikut dan menyekat laman sosial pempengaruh atau selebriti yang tidak bersuara atau menjadi duta kepada jenama-jenama produk boikot. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.