Ramai yang pelik bila tengok Cik B boleh beli kereta mahal, sekali ada pula yang tolong kirakan untung kasar jualan Salmon Skin

Anak kepada usahawan Datuk Seri Vida, iaitu Cik B meraih perhatian ramai apabila berjaya memiliki sebuah kereta mewah yang didakwa berharga hampir RM2 juta baru-baru ini. Difahamkan, kenderaan berwarna hitam itu jenis G Wagon Brabus G63 itu dibeli sempena dengan sambutan ulang tahun ke-19 yang jatuh pada 19 Mei lalu. Sungguhpun Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin teruja berkongsi berita tersebut, namun, ramai dalam kalangan warganet berasa hairan bagaimana Cik B mampu untuk membeli kereta semewah itu.

Menerusi satu akaun, pengguna platform tersebut membantu membuat kiraan keuntungan kasar yang diterima Cik B hasil jualan snek tersebut. Berdasarkan pengiraan kasar, dengan tanggapan keuntungan sekitar 20 peratus, Cik B meraih untung sekitar RM1,729,988 juta sejak bergelar usahawan snek Salmon Skin.

Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.