Hanya kerana mahu mendapatkan bayaran pencen bulanan bapa, seorang wanita tergamak menyembunyikan myt lelaki itu yang berusia 100 tahun. Memetik laporan South China Morning Post, perbuatan suspek yang berasal dari Kaohsiung, Taiwan, China itu terbongkar selepas dia tidak membenarkan operasi pembasmian nyamuk aedes dijalankan di kediamannya, sehingga didenda 60,000 Taiwan Dollar (RM8,766).
Susulan daripada itu, pihak berkuasa telah melakukan penggeledahan di kediaman tersebut dan apabila ditanya keberadaan bapanya, suspek menjawab lelaki itu kini berada di pusat jagaan. Namun apabila ditanya lagi, suspek memberikan jawapan berbeza dan memberitahu bapanya itu menetap bersama abangnya. Selepas diperiksa ternyata abang suspek telah pergi menghadap illahi 50 tahun lalu.
Berikutan itu, pihak polis mula menjalankan siasatan lanjut dan akhirnya menemukan sebuah beg plastik hitam berisi rangka tulang yang merupakan milik mendiang bapa wanita berkenaan di rumah tersebut. Wanita tersebut kemudian dibawa ke hospital selepas mendapat kesihatan mentalnya berada dalam keadaan lemah. Difahamkan, bapa suspek merupakan pesara tentera di Taiwan dan menerima sebanyak 49,379 Taiwan Dollar (RM7,205) sebulan.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.