Setelah sekian lama berdepan dengan pelbagai ujian dan dugaan, wanita luah rasa syukur hamil lepas 16 tahun berkahwin

Setelah sekian lama berdepan ujian dan dugaan, seorang wanita yang dikenali sebagai Haznie Rozleen meluahkan rasa syukur apabila hamil selepas 16 tahun berkahwin. Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Haznie di laman TikToknya, dia tidak pernah menyangka hamil anak pertama secara semula jadi memandangkan sudah lama menanti kehadiran malaikat kecil dalam rahimnya. Bukan itu sahaja, Haznie berkata dia alami perubahan luar biasa terhadap badannya yang memberi tanda bahawa dirinya sedang hamil.

Bagi memastikan perkara tersebut, dia telah membuat Pregnancy Test sebanyak dua kali dan tidak menyangka usia kandungannya sudah masuk minggu ke enam. “Memori yang tak dapat dilupakan.. Penantian ke 16 tahun perkahwinan kami, akhirnya Allah hadiahkan kami rezeki teragung. Berliku-liku rawatan kesuburan yang kami lalui. Apabila Allah kata Ya! Maka wujudla DIA.. Allah turunkan kami dengan rezeki natural pregnancy, syukur Kami kepadaMu. Betapa besar dan cantik segala percaturanMu,” katanya. Klik sini untuk lihat video.

Dalam pada itu, Haznie berharap anak dalam kandungannya dapat membesar dengan sihat dan tidak sabar untuk bergelar sebagai seorang ibu kepada anaknya kelak. “Ku panjatkan doa lagi dan lagi padaMu agar kau jagakan anak yg aku kandung ini dengan sebaik yang mungkin sihat sempurna membesar di dalam rahimku.. Sehingga lah dia lahir kedunia ini melihat ibu ayah dan keluarganya.. Aminnnn YRA,” ujarnya lagi. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terutamanya golongan wanita turut bergembira dan menzahirkan ucapan tahniah buat Haznie yang sudah lama menanti zuriat pertama selepas 16 tahun mendirikan rumah tangga.

Malah, ada juga segelintir wanita yang masih Trying To Conceive (TTC) meminta orang ramai untuk mendoakan mereka dikurniakan zuriat kelak.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.