Nama ada dalam senarai boikot, sekali Daiyan Trisha dedah resit pernah sumbang RM100k pada tabung Palestin

SELEPAS namanya muncul dalam senarai boikot susulan gerakan Blockout2024, pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha tampil membersihkan namanya selepas didakwa antara selebriti menjalinkan kerjasama dengan produk pro Israel. Daiyan atau Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin, 31, menjelaskan dia tidak pernah melupakan nasib menimpa saudara Islam di Palestin dan mempunyai cara tersendiri dalam membela nasib mereka. Apa paling penting kata Daiyan, Allah mengetahui apa dilakukan dan meminta maaf jika caranya tidak bertepatan jangkaan orang ramai.

“Allah tahu. Setiap orang ada cara dan ujian masing-masing. Reda Allah, Dia sahaja yang tahu. Saya tidak pernah sesekali lupa akan saudara saya di Palestin. Saya minta maaf jika cara saya tak bertepatan dengan apa yang and mahukan,” katanya. Daiyan berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran di Instastorynya pada malam Isnin.

Pada hantaran tersebut, Daiyan turut berkongsi resit pembayaran sumbangan bantuan Palestin menerusi empat badan berbeza bagi membantu mngs prng di bumi bergolak itu. Jumlah keseluruhan sumbangan tersebut mencecah RM100,000. Dalam pada itu, Daiyan memberitahu dia terima dengan hati terbuka semua kritikan yang dilemparkan kepadanya sejak kebelakangan ini. Namun kata Daiyan, ia tidak sama sekali mematahkan semangatnya untuk terus memberi sokongan kepada mereka yang sedang berjuang di Palestin.

“Tidak mengapa, saya terima segala kritikan. Sila teruskan perjuangan anda untuk saudara-saudara kita di Palestin dengan pelbagai upaya kerana itu yang paling penting. Ini cara yang saya termampu buat masa ini berdasarkan situasi dan keadaan. Saya minta maaf. Saya akan cuba untuk berusaha dengan lebih baik lagi. Segala doa untuk Palestin,” jelasnya.

Gerakan berkenaan bermula di pertunjukan fesyen tahunan, Met Gala 2024 yang berlangsung di Muzium Seni Metropolitan New York pada 6 Mei lalu bagi menunjukkan bantahan terhadap selebriti membisu mengenai penindasan Zionis terhadap Palestin. Disebabkan gerakan tersebut, bintang realiti Kim Kardashian hilang tiga juta pengikut media sosialnya diikuti Blackpink, Taylor Swift dan Selena Gomez. Gerakan tersebut disambut baik oleh warganet Malaysia yang juga menyenaraikan beberapa nama artis yang dipercayai melakukan kerjasama dengan jenama pro Zionis.

Antara selebriti Malaysia yang tersenarai adalah Siti Saleha, Nabila Razali, Nadhir Nasar, Mira Filzah, Neelofa, Awal Ashaari, Scha Alyahya dan ramai lagi. Rata-rata warganet mula menyahikut dan menyekat media sosial selebriti kegemaran mereka. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.