Semua itu takdir Allah, Erra Fazira sedia terima jodoh walaupun pada usia 60 tahun

Pelakon popular, Erra Fazira tak pernah tutup pintu hati malah sedia untuk menerima jodoh walaupun mamasuki usia 60 tahun. Menurut laporan Media Hiburan, Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek berkata dia reda dengan ketentuan yang ditakdirkan untuknya. “Saya tiada istilah nak menyekat ketika usia berapa atau nak merancang kerana itu semua takdir Allah. Saya reda dan berserah… Kalau Dia izinkan (kembali bertemu jodoh) pada usia 60 tahun, saya terima. Dia yang menentukan, bukannya kita,” katanya.

Bagaimanapun, bintang filem Tragedi Oktober itu memberitahu soal mencari pasangan hidup bukan lagi keutamaan tambahan pula sudah lebih 10 tahun menjalani kehidupan sebagai seorang ibu tunggal. Aktres yang berusia 50 tahun itu akui bahagia dengan keadaan sekarang tanpa merasai sebarang kekurangan. “Saya bahagia dengan kehidupan sekarang, malah tak pernah rasa ada kekurangan di mana-mana. Bagi saya, bahagia dan tenang itu tak semestinya kita perlu ada pasangan.

Kadang-kadang hidup pun oleh rasa tenang, jadi hanya hargai dan nikmati sahaja hidup ini. Kalau ada, Alhamdulillah. Tapi, kalau tak ada pun saya gembira sebab tak perlu gaduh-gaduh. Kalau dulu iyalah… fikir kalau lambat kahwin, umur berapa nak ada anak dan sebagainya. Tapi, sekarang saya serahkan pada takdir ‘go with the flow’, saya nak hidup tenang-tenang sahaja,” ujarnya lagi.

Sekadar info, Erra pernah berkahwin dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin pada 25 Oktober 2007, namun bercerai pada Februari 2014. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Engku Alessya. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.