Lengan kiri tak dapat rasa, Faisal Halim dikhabarkan alami melecur tahap empat

Pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim dilaporkan selamat menjalani pembedahan dan kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital di Shah Alam. Sungguh pun begitu, tonggak utama pasukan Selangor FC itu dikhabarkan perlu menjalani beberapa siri operasi lain kerana mengalami lecur tahap empat selepas menjadi mngs simbahan asid di sebuah pusat beli belah yang terletak di Kota Damansara pada petang Ahad.

Memetik laporan The Star, perkara tersebut disahkan oleh Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Seri Shahril Mokhtar seusai melawat Faisal di hospital. “Kami bertemu dengan Faisal di hospital pertama selepas dia dirawat. Dia boleh bercakap dan berkomunikasi, dalam nada yang rendah. Kemudian kelab memindahkannya ke hospital panel dan ketika itulah kami dimaklumkan bahawa dia perlu dibedah kerana keadaan kulitnya yang agak teruk. Kami turut dimaklumkan oleh pihak hospital bahawa dia mengalami lecur tahap empat dan bukanlah tahap dua. Ia agak teruk dan dia tidak dapat rasa lengan kirinya.”

Shahril turut memaklumkan bahawa pemain berusia 26 tahun itu juga perlu berada di hospital sekurang-kurangnya tiga hingga empat minggu. Kejadian menimpa Faisal ini turut mendapat respon orang ramai di media sosial yang berharap agar pelaku yang melakukan perbuatan khianat kepada pemain bola sepak negara itu dikenakan hukuman yang setimpal. Mereka juga mendoakan agar Faisal segera sembuh daripada kecederaan yang dialami.

Terdahulu, Faisal dilaporkan menjadi mngs simbahan asid ketika sedang membawa ahli keluarganya di sebuah pusat beli belah di Kota Damansara pada petang Ahad. Lebih menggeramkan ialah, dua pelaku yang menaiki motosikal tersebut turut mengucapkan ‘good luck’ kepada Faisal sebelum menyimbah cecair kimia tersebut ke arah pemain tersebut. Walau bagaimanapun, pihak polis berjaya memberkas dan menahan reman seorang individu yang dipercayai terlibat dengan perbuatan khianat ini.

Sekadar info, kejadian khianat ini merupakan kejadian yang kedua melibatkan pemain bola sepak kebangsaan selepas pemain Johor Darul Ta’zim FC (JDT) yang dipinjam ke pasukan Terengganu FC, Akhyar Rashid cedera di bahagian kepala dan kaki selepas diserang dua pnymn di kawasan kediamannya yang terletak Icon Residence, Kuala Terengganu pada 3 Mei lalu.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *