Lebih pentingkan keselamatan anak, Puteri Sarah dedah sanggup hantar anak ke sekolah sendiri

Pelakon Puteri Sarah Liyana mendedahkan bahawa dia sanggup berulang-alik menghantar dan mengambil anak-anaknya ke sekolah walaupun mampu untuk mengupah pemandu. Menerusi video yang dimuat naik di TikTok Inayah Beauty Trading, pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin itu berkongsi tentang rutin hariannya. Aktres berusia 38 tahun tersebut berkata, dia sanggup menggalas tanggungjawab untuk menghantar anak-anaknya ke sekolah. Klik sini untuk lihat video.

“Sekarang ini rutin saya pagi-pagi selepas bangun subuh, saya akan kejutkan Syaikhul bangun tidur dan suruh dia mandi. Kadang-kadang dia menangis..saya mandikan dan siapkan dia kemudian hantar pergi sekolah. Dah hantar Syaikhul pergi sekolah, saya akan telefon Sumayyah pula sama ada dia sudah siap atau belum dan hantar pula dia (ke sekolah). Sebab masa lain-lain, Syaikul pula dah masuk darjah satu.”

Bercerita lanjut, Puteri Sarah menerangkan bahawa dia bertindak sedemikian adalah demi keselamatan anak-anaknya. “Memang boleh cari pemandu tapi yang dia dihantar itu adalah anak-anak aku..nyawa aku, tak boleh kalau jadi apa-apa..kejadian tak diingini ke. Saya akan rasa bersalah seumur hidup. Kalau tak saya, acu atau mak akan hantar.” Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mengagumi pengorbanan pelakon drama Hijrah Jannah itu malah ada juga yang turut melakukan perkara yang sama.

“Betapa sayangnya Sarah pada anak-anak, nyawa dia. Kami pun macam ini sampai anak habis SPM. Tahniah la Sarah, untuk yang terbaik memang kena buat macam ni. Ibu yang terbaik. Betul jangan harap orang sepenuhnya, tak sama dengan kita. Nyawa kita tu.” Sekadar info, Syamsul pernah mendirikan rumah tangga bersama Puteri Sarah pada 8 Mac 2014 namun pasangan itu berpisah talak satu pada 14 Jun lalu.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 7, dan Sumayyah, 5. Syamsul sebelum itu, membuat pengumuman mengejutkan di Instagram apabila mengakui sudah berkahwin dengan Ira Kazar pada 6 Januari tahun lalu, di Thailand.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.