Beri bayangan macam tengah hamil, Farah Fakhira muat naik mesej perbualan dengan Misya Mazlan

Isteri pertama kepada menantu Abby Abadi iaitu Umisya Mazlan memberi bayangan seakan sedang melalui fasa berbadan dua. Menerusi hantaran di Instagram, pempengaruh dan usahawan Farah Fakhira telah memuat naik perbualan di WhatsApp bersama madu kepada Marissa Dania iaitu Misya dan isteri Abang Tesla, Nurmajdina Jamari.

Berdasarkan perbualan di kumpulan WhatsApp tersebut, Farah bertanya kepada Misya dan Majdina cadangan menu untuk dimasaknya namun isteri pertama Aslam menjawab dia teringin menikmati makanan daripada sebuah restoran terkenal. Tetapi apa yang menarik perhatian, Misya kemudian mendakwa dirinya sedang hamil. “Mengandung, bumil.” Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan kesahihan tersebut sama ada Misya benar-benar hamil atau tidak.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.