Kenakan bayaran RM45k bagi setiap individu, seramai 300 bakal haji terkandas di Makkah sebab kena tipu

Sejak dahulu lagi, pernah terjadi beberapa kes jemaah haji yang menjadi sasaran penipuan daripada ejen atau agensi pengendali haji dan umrah. Baru-baru ini, seramai 300 bakal haji dari Malaysia kebingungan apabila telah terkandas di tanah suci Makkah kerana tidak mendapat kebenaran untuk mengerjakan haji pada musim ini.

Difahamkan, mangsa menyedari diri mereka diperdaya oleh agensi terbabit setelah mendapati pakej haji yang dibeli murah selain visa yang digunakan adalah visa pelancong, lapor Harian Metro. Selain itu, agensi itu menjanjikan untuk memberi gelang haji namun gagal berbuat demikian dan turut mengarahkan bakal haji agar tidak keluar dari hotel bagi mengelakkan ditahan pihak berkuasa Arab Saudi.

“Pihak agensi mengenakan bayaran RM45,000 bagi setiap individu dan ketika di KLIA barulah dia perasaan seolah-olah ditipu selepas diberikan visa pelancong untuk mengerjakan haji.” Agensi terbabit juga dikatakan berurusan dengan pihak berkuasa Arab Saudi untuk menguruskan visa haji bagi jemaah yang berdaftar melalui agensi pengendali yang mungkin tidak dilesenkan secara sah oleh Tabung Haji.

Bagaimanapun, kesemua mereka yang terbabit diminta untuk membuat aduan dengan kadar segera ke Lembaga Tabung Haji (TH) dan Kedutaan Malaysia di Jeddah, Arab Saudi bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. “TH akan bekerjasama dengan pihak Kedutaan Malaysia di Arab Saudi untuk membuat siasatan sewajarnya berdasarkan maklumat terperinci daripada para jemaah haji yang terkandas akibat terperdaya dengan tawaran pakej haji”  – Ketua Pengawai Eksekutif TH, Syed Hamadah Syed Othman

Para jemaah umrah yang masih lagi berada di Tanah Suci juga diminta akur dan mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi kerana ibadah umrah akan ditutup sepenuhnya pada 15 Mei 2024 bagi persediaan musim haji.Peraturan yang dikeluarkan juga demi menjaga kebajikan dan keselamatan para jemaah haji ketika musim haji. Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.