Rupanya pelaku dah tunggu di sebalik deretan kereta, tular rakaman cctv ketika Faisal Halim kena simbah asid

RAKAMAN kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan individu dipercayai Faisal Halim disimbah asid mula tersebar di internet. Video yang tular di akaun X @OnefootballM itu dimuat naik pada pukul 11.14 pagi Rabu. Berdasarkan rakaman berdurasi 56 saat yang dikongsikan itu, kelihatan seorang lelaki mirip pemain sayap kebangsaan berkenaan sedang berjalan di ruang parkir kereta di sebuah pusat membeli-belah. Klik sini untuk lihat video.

Ketika dia menghampiri sebuah kereta berwarna putih, kelihatan seorang lelaki menyimbah cecair ke arahnya. Pelaku kemudiannya membonceng sebuah motosikal yang ditunggang seorang lagi lelaki sebelum mereka bergegas melarikan diri. Turut kelihatan dalam rakaman itu adalah seorang wanita, dipercayai isteri Faisal. Di ruangan komen, ramai warganet meluahkan rasa sedih menonton rakaman kejadian, namun ada yang turut mempertikaikan kesahihannya.

Menurut kronologi yang dilaporkan sebelum ini, Faisal sempat masuk ke dalam sebuah Toyota Vellfire sebelum diserang suspek. Namun, video CCTV yang tular itu dilihat tidak menyamai laporan sebelum ini yang mana ia turut disedari warganet. “Baca kronologi katanya sempat duduk dalam kereta Toyota Vellfire. dalam video macam bukan je.

“Banyak betul plot twist, bukan Vellfire, kronologi tak sama, apa benda ni semua. “Betul la kereta Mercedes, bukan Vellfire. Media salah tulis pasal kereta. Dengar cerita kenalan, dia kata Mercedes time kena tu,” tulis beberapa warganet. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.