Muat naik video Talita menyanyi lagu Kesetian, ramai yang sebak rindukan Siti Sarah

Anak nyanyi lagu Kesetiaan yang cukup sinonim dengan allahyarham Siti Sarah Raissuddin sehingga peminat sebak kerana merindukan sosok penyanyi yang sangat berbakat itu. Menerusi perkongsian yang dibuat isteri kepada Raissuddin Hamzah iaitu Siti Fatimah Suberi atau mesra disapa Makder di Instagram, anak kedua allahyarham dan pelawak, Shuib Sepahtu, Dzahira Talita Zahra, 11, telah menyanyikan lagu ‘Kesetiaan’ milik ibunya. Klik sini untuk lihat video.

Menerusi kapsyen, Makder menyatakan yang suaminya berpesan kepada Talita supaya memperbetulkan dahulu nafas jika ingin menjadi seorang penyanyi. Walaupun tidak begitu serius ketika mendendangkan lagu yang cukup bermakna itu, namun dia dilihat tetap mencuba untuk menyampaikan lagu tersebut dengan baik walaupun matanya seakan berkaca-kaca. Shuib juga turut tinggalkan komen dengan memuji cara Talita memegang mikrofon, tidak seperti dirinya yang kerap dimarahi arwah kerana salah sewaktu menggunakan pembesar suara.

Perkongsian tersebut telah membuatkan ramai sebak kerana terkenangkan arwah yang memang terkenal dengan lagu Kesetiaan tersebut. Mereka juga akui merindu penyanyi itu dan mendengar suara Talita hampir sama dengan ibunya. Mereka juga menyatakan suara anak gadis kepada Shuib dan arwah Siti Sarah ini akan menjadi lebih bagus jika dia terus berlatih.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.