Walaupun kos sara hidup tinggi tak jadi masalah, Shuk Sahar akui tak menolak jika dikurniakan cahaya mata dengan Fara Salleh

PELAWAK Shuk Sahar tidak menolak jika dia dan isteri iaitu Fara Salleh dikurniakan cahaya mata dalam masa terdekat. Kata Shuk atau Mohamad Shukri Mohamed Sahar, 38, mereka tidak merancang mengenai zuriat sebaliknya percaya dengan ketentuan dan takdir ditetapkan Allah SWT. “Siapa kita untuk tolak sebab anak itu adalah rezeki. Buat masa ini tidak merancang atau apa.

Andai kata ada rezeki itu ada di masa hadapan insyaAllah,” katanya ketika dihubungi. Menyedari kos sara hidup kini semakin tinggi, Shuk bagaimanapun tidak terlalu bimbang soal berkenaan kerana percaya anak-anak juga merupakan salah satu pintu rezeki. “Saya percaya anak itu pun ada rezeki mereka, silap-silap rezeki anak lagi besar dari rezeki kita. Mungkin juga kita yang menumpang rezeki anak nanti, jadi tak perlu rasa takut… insyaAllah ada rezeki dikurniakan zuriat saya tida menolak,” jelasnya.

Untuk rekod, Shuk mendirikan rumah tangga dengan Rossa Sera pada 2015 namun bercerai pada 22 Mac tahun lalu. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 8, dan Nur Assyifatu Aimi, 5 tahun. Meskipun tiada lagi ikatan, Shuk memberitahu hubungannya dengan Sera masih baik demi kebaikan anak-anak mereka. Kemudian Shuk sekali lagi mendirikan rumah tangga bersama Fara pada November 2023.

Malah nama Fara juga pernah menjadi bualan hangat warganet apabila dia didakwa menjadi orang ketiga dalam rumah tangganya bersama bekas isteri. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.