Jual motor bukan terdesak perlukan duit, Adam Shahz dedah bekas isteri minta naikkan nafkah anak 6 kali ganda

PELAKONĀ Adam Shahz mengambil sikap bertenang apabila bekas isterinya iaitu Fatin Afeefa memfailkan permohonan untuk menaikkan nafkah untuk anak perempuan mereka sebanyak enam kali ganda. Adam atau Nor Shah Azli Abdol Ghani, 43, berkata, sebelum ini dia membayar nafkah RM500 namun Fatin meminta jumlah itu dinaikkan kepada RM3,000 sebulan. “Pihak plaintif (Fatin) tuntut nafkah anak, saya bayar tapi mungkin ada bahagian yang dia rasa tidak cukup. Sekarang perkara itu masih dalam proses mahkamah.

Fatin minta RM3,000 sebulan berbanding sebelum ini hanya RM500. Buat masa ini saya tiada apa nak cakap sebab mungkin ada satu jumlah yang dia perlukan. Saya cuba membela diri supaya apa diminta adalah amaun yang wajar,” katanya. Adam menjelaskan perkara itu ketika ditemui selepas sebutan kes nafkah anak mereka iaitu Ivy Herra Sophia, 9, di Mahkamah Rendah Syariah Sepang pada pagi Isnin.

Sebelum itu, Fatin memberitahu Adam tidak culas membayar nafkah buat anak mereka namun aktor itu enggan membayar yuran persekolahan Ivy yang berjumlah RM3,000. Fatin juga merasakan tidak adil apabila suaminya iaitu Aliff Awang yang perlu menanggung semua keperluan anak perempuan mereka. Dalam pada itu, Adam menyangkal dakwaan dia mahu menjual motosikal berkuasa tinggi miliknya kerana memerlukan mengalami kesempitan wang.

Sebaliknya Adam memberitahu dia mahu menukar motosikal lain dan tiada kaitan dengan masalah kewangan. “Mungkin sampai masanya saya beli motosikal lain dan tak semestinya saya nak jual sesuatu barang hanya disebabkan perlukan duit,” katanya. Dalam perkembangan lain, kes yang dibicarakan di hadapan Hakim Syarie Muhamad Nazri Basrawi itu akan disambung pada pada 27 Ogos dan 2 September depan. Fatin diwakili peguam syarie Aiman Abdul Rahman dan Ahmad Hazieq Roshali manakala Adam pula diwakili Liyana Sihar.

Untuk rekod, Fatin memfailkan tuntutan nafkah terhadap Adam pada Ogos tahun lalu. Sebelum itu, Adam atau Nor Shah Azli Abdol Ghani, 43, memfailkan permohonan mendapatkan hak lawatan dan bermalam bersama anak perempuannya di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam. Fatin bagaimanapun memfailkan bantahan terhadap pemohonan pindaan tersebut selepas dia diberi hak penjagaan sementara terhadap anak mereka pada 15 Ogos 2023. Selain Ivy, Fatin turut mempunyai seorang anak lelaki iaitu Adam Aisy Arrian yang kini berusia 11 tahun hasil perkahwinan terdahulu.

Untuk rekod, Adam dan Fatin melangsungkan perkahwinan pada 21 Disember 2013 namun mereka berpisah empat tahun kemudian. Aktres itu kembali berumah tangga dengan Aliff pada Disember 2022. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.