Tak jadi sambung belajar di luar negara, Suami Syasya Rizal akui nak fokus pada rumahtangga

Suami Syasya Rizal batal sambung belajar di luar negara, mahu fokus rumah tangga

Tak jadi sambung belajar di luar negara, Suami Syasya Rizal akui nak fokus pada rumahtangga

Suami Syasya Rizal batal sambung belajar di luar negara selepas ada khabar angin mengatakan yang mereka akan melanjutkan pelajaran ke sana setelah mendirikan rumah tangga kelak. Memetik laporan daripada HibGlam, Nasrullah Mohd. Sapie, 23 menyatakan yang cita-cita mahu melanjutkan pelajaran ke luar negara itu dibuat sebelum berumah tangga. Namun selepas berkahwin, dia dan isteri sudah berbincang dan sepakat menangguhkan hasrat tersebut selepas memikirkan banyak aspek.

“Asalnya memang cita-cita saya untuk sambung belajar di luar negara tetapi selepas kami berbincang dan memikirkan banyak aspek, hasrat itu terpaksa ditangguhkan. Lagi pula hasrat tersebut sebelum saya memilih untuk berkahwin, bila sudah menikah, saya fikir untuk fokus terhadap rumah tangga kami terlebih dahulu,” ujarnya. Perkara itu sekaligus menoktahkan segala tanda tanya berhubung khabar angin mengenai hal tersebut sehingga dikaitkan dengan punca Syasya segera menikah.

“Ringkasnya, kami tak jadi ke luar negara,” katanya menoktahkan khabar angin. Dalam pada itu, Syasya juga menyatakan yang Nasrullah merupakan rakan kepada abangnya dan sudah mengenalinya sejak lama dulu memandangkan suaminya beberapa kali datang ke rumah. Namun, hubungan mereka mulai rapat sejak dua tahun ini dan pada awalnya ahli keluarga tidak tahu tentang keakraban mereka.

“Sebenarnya kita berdua sudah lama pun mengenali tapi tidak saling mesra sampailah satu ketika, takdir Tuhan menjentik hati kami untuk berkenalan lebih rapat iaitu dua tahun lepas. “Nasrullah kawan abang saya, dia selalu lepak dengan abang, dari situ saya mula kenal dia. Kiranya kami memang kenal lama cuma cinta mula berputik sekitar dua tahun lalu dan kami hanya simpan sendiri, ibu bapa pun tidak tahu,” katanya.

Ujar Syasya, selain kepribadian dan banyak persamaan antara mereka, wajah Nasrullah yang mirip karakter kartun Nobita berjaya menambat hatinya susulan penyanyi itu adalah penggemar kartun Doraeman. Untuk rekod, Syasya dan Nasrullah telah mendirikan rumah tangga pada 21 April 2024 selepas mengumumkan pengunduran diri dari kumpulan Dolla.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *