Asyik buka tingkap dan selak langsir, Atuk dedah keadaan adik lelaki Zayn Rayyan

Adik lelaki Zyan Rayyan dikenali Mateen sentiasa menanti kepulangan ibu bapanya selepas mereka ditahan dan direman selama tujuh hari bermula 1 Jun bagi membantu siasatan pembnhn abangnya pada Disember lalu. Datuk kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan iaitu Zahari Mohd. Reba berkongsi keadaan cucunya dalam hantaran di Facebook, semalam. Menerusi hantaran di Facebook, Zahari memberitahu cucunya sentiasa menanti kepulangan ibu bapanya.

Ia dapat dilihat apabila anak kecil itu kerap kali membuka pintu dan merenung ke luar jendela sambil bertanya bila mereka mahu mengambilnya untuk dibawa pulang ke rumah. “Mateen menunggu kepulangan mommy dan daddy. Kerap kali buka pintu dan selak langsir, adakah mommy dan daddy akan datang ambil Mateen?” kongsinya.

Zahari juga memaklumkan semalam Mateen mengalami beberapa simptom seperti orang demam dan kemungkinan disebabkan terlalu rindu kepada ibu bapanya kerana sudah lebih seminggu tidak berjumpa. “Hari ini(semalam) badan Mateen macam demam. Rindu dengan mommy dan daddy dia,” kongsinya lagi. Terdahulu, ibu bapa Zayn Rayyan dilaporkan menangis  dan tertekan ketika sering diajukan soalan bagi membantu siasatan kes bnh anak mereka.

Perkara itu diberitahu oleh peguam kepada ibu bapa kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin iaitu Ilyani Khuszairy, selain menegaskan pelaku sebenar masih berada di luar. Mahkamah Majistret di sini, hari ini membenarkan reman terhadap pasangan suami isteri terbabit disambung lagi selama enam hari dan akan tamat pada Rabu depan. Kedua-dua pasangan berusia 28 tahun itu direman bagi siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Kesksn yang mana sebelum itu mereka ditahan di sekitar Puncak Alam pada 31 Mei.

Pada 6 Disember tahun lalu, Zayn Rayyan ditemui pergi menghadap illahi di anak sungai, berhampiran kawasan Apartmen Idaman, Damansara Damai pada jam 10 malam. Mayat kanak-kanak itu ditemui oleh kumpulan penduduk yang menjalankan operasi mencarinya.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *