Setakat ni belum terfikir nak cari pengganti, Adira Suhaimi akui nak tumpukan sepenuh perhatian untuk besarkan anak anak dulu

Penyanyi Adira Suhaimi memilih untuk menumpukan sepenuh perhatiannya kepada anak-anak dan belum berfikir untuk mencari pengganti. Menerusi temu bual bersama Nona, Adira atau nama lengkapnya Siti Adira Suhaimi menyatakan tumpuannya ketika ini adalah terhadap kerjaya demi membesarkan empat orang cahaya mata.

“Buat masa sekarang ini saya fokus untuk besarkan anak-anak dan tak terfikir lagi nak mencari sesiapa. Yang penting sekarang ini saya nak kena besarkan amanah empat orang anak. Buat masa sekarang dah cukup. Saya tak nak la cakap takkan (cari pengganti) sebab benda itu kita tak tahu. Kalau Allah kata ada siapalah kita (untuk kata tidak). Tapi buat masa ini, tak ada hati lagi untuk mencari. Saya memang fokus cari rezeki untuk anak-anak”

Dalam pada itu, pelantun lagu Ombak Rindu sempat menitipkan nasihat agar setiap individu di luar sana sentiasa memanjatkan doa kepada Allah SWT terutama ketika diuji. “Saya percaya masing-masing ada dugaan dan ada cara untuk menangani. Tapi satu yang penting jangan putus doa, jangan putus harapan atau patah semangat. Kita keep moving, apa yang kita nampak dekat depan, kita jalani sahaja. Sebab kita tak tahu apa yang akan jadi selepas ini. Insya-Allah nikmat yang akan dapat lebih besar, jangan putus doa.”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan kenyataan penyanyi berusia 32 tahun itu kerana mempunyai pemikiran yang positif. Sekadar info, Datuk Red melepaskan Adira yang merupakan isteri keduanya dengan talak satu pada 23 April lalu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Kuang, Selangor. Selepas 21 hari, Datuk Red kemudian berpisah dengan isteri pertamanya, Datin Red atau nama sebenarnya Sharifah Norshafila di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor.

Imbas kembali, Adira dan Datuk Red berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5 dan Ayob yang kini berusia dua tahun. Sementara itu, Datuk Red juga memiliki tiga orang cahaya mata lelaki menerusi perkahwinan dengan isteri pertamanya.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.