Kekeliruan nama pada visa, Johan Raja Lawak hampir terlepas pesawat untuk ke Makkah bagi mengerjakan haji

Penyampai radio Hot FM, Johan Raja Lawak hampir terlepas pesawat untuk ke Makkah bagi mengerjakan ibadah haji selepas berlaku kekeliruan nama pada visa miliknya. Memetik laporan Awani, Johan memaklumkan kekeliruan itu wujud sewaktu dirinya dan isteri, Ozlynn hendak berlepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan menggunakan pesawat SAUDIA. Walau bagaimanapun, pemilik nama Mohd Yazid Lim Mohamad Aziz berasa sangat bersyukur kerana kekeliruan tersebut berjaya diselesaikan tanpa sebarang masalah.

“Alhamdulillah, selepas lebih sejam berurusan dengan pihak penerbangan, isu itu dapat diselesaikan.” Menurut Johan, masalah itu berlaku selepas nama penuhnya tidak tercetak pada visa miliknya namun dia tetap tenang berdepan dengan masalah tersebut dan menganggap ia sebagai satu ujian untuknya sebelum berlepas ke Mekah. Sekadar info, Johan dan Ozlynn serta 11 lagi pengamal media yang mendapat jemputan dari Kementerian Media Arab Saudi telah berangkat ke Makkah pada 7 Jun lalu.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *