Mohon orang ramai mendoakan kesihatan, terkini Azlee Senario ada di IJN untuk jalani pembdahan

Pelawak terkenal, Azlee Senario berada di IJN susulan berada dalam keadaan kurang sihat selepas beberapa rakan memuat naik perkongsian memohon agar orang ramai mendoakan kesihatannya. Menerusi hantaran di Instagram yang dibuat Ropie Cecupak, dia telah berkongsi tangkapan layar perbualan mesej di platform WhatsApp keadaan Azlee yang terbaring dengan wajar di badan bagi mendapatkan rawatan.

“Assalamualaikum smua.. Marilah bersama kita mendoakan smuga teman kita Artis Azlee senario diberikan sepenuh kesihatan yg baik dan dipermudahkan segala urusannye. amin” tulisnya. Walau bagaimanapun, menerusi hantaran Facebook milik Mohd Aliff Shadiqin II, pelawak itu kini dalam keadaan stabil selepas operasi susulan dibawa ke Institut Jantung Negara (IJN). Ujarnya, Azlee dipercayai alami urat jantung putus dan perlu menjalani operasi dalam kadar segera.

Syukur, operasi terebut telah berjalan dengan lancar. “Assalamualaikum azlee senario beliau berada di ijn kuala lumpur. Alami urat jantung putus dan alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar selepas opertion …” tulisnya. Susulan daripada perkongsian tersebut, ramai yang terkejut dengan berita kesihatan Azlee memandangkan dia dilihat sihat sepanjang melakukan siaran langsung di platform TikTok sebelum ini. Rata-rata mereka mendoakan agar pelawak berusia 56 tahun itu segera sembuh dan kembali pulih seperti sedia kala.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *